Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 26 November 2013

Tangan Berlubang Ditembak Perompak

Teluk Intan: Tindakan seorang lelaki warga emas yang cuba menyerang dua perompak menggunakan parang berakhir dengan tragedi apabila tapak tangan kanannya ditembusi peluru akibat ditembak penjenayah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa, Yang Ho Chai, 62, ditembak perompak bersenjatakan pistol automatik yang menceroboh rumahnya di Lorong Ciku G 7/5, Taman Impian, Jalan Changkat Jong, di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang juga seorang peraih kelapa sawit dikatakan bangun daripada tidur dan keluar dari biliknya untuk membuang air kecil sebelum terdengar bunyi aneh dari tingkat bawah rumahnya.

Menurutnya, mangsa yang tinggal berseorangan turun untuk menyiasat sebelum terserempak dua lelaki memakai topeng berwarna putih menyelongkar sebuah bilik.

“Mangsa memberanikan diri dengan mencapai parang sebelum cuba menyerang suspek yang tidak menyedari kemunculan mangsa.

No comments:

Post a Comment