Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 26 November 2013

Wanita Jual Bayi Kandung Secara Online RM15,895


Mississippi: Seorang ibu ditahan kerana didakwa mahu menjual bayi lelakinya kepada wanita lain yang ditemui di iklan online.

Pihak berkuasa berkata, Bobbie Jo Stojic, 23, dari Bay St. Louis dibenarkan jaminan AS$5,000 (RM15,895) selepas didakwa pada 29 Oktober lalu atas tuduhan menawarkan penjualan seorang kanak-kanak.

Menurut dokumen mahkamah, Stojic didakwa menawarkan menjual anaknya berusia empat bulan dengan harga AS$5,000 dalam pesanan ringkas yang dihantar bulan lalu kepada seorang wanita di Louisiana yang menjawab iklan pakaian bayi dimuat naik olehnya di laman Craigslist.

“Mereka kemudian menjadi semakin akrab malah kerap menghantar pesanan ringkas antara satu sama lain,” kata Detektif Brandon Normand dari Pejabat Syerif Hancock.

Normand berkata, dua wanita itu membincangkan kos bagi mengambil anak angkat sebelum Stojic menawarkan untuk menjual anaknya itu dalam pesanan ringkas yang dihantar pada 9 Oktober lalu.

“Tawaran itu titik permulaan untuk Stojic sama ada menjual anaknya atau berusaha menipu wanita Louisiana terbabit,” katanya.

Stojic menafikan tuduhan terhadapnya.

Setakat ini belum diketahui sama ada Stojic mempunyai peguam bela.

Normand berkata, dalam pesanan ringkas, Stojic ada menyebut mengenai masalah kewangan dihadapinya termasuk kemungkinan diusir dari rumahnya.

Menurutnya, wanita di Louisiana itu melaporkan dakwaan terbabit sebelum pejabat syerif mengambil alih siasatan dan penjagaan sementara bayi terbabit. - AP

No comments:

Post a Comment