Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 2 September 2013

‘Bertarung’ Dua Jam Naikkan Pari Gergasi


“Bot kami hampir tenggelam ketika menarik pari ini ke tebing, malah terpaksa berhempas-pulas dua jam sebelum berjaya menaikkannya ke darat,” kata Muhammad Azri Azmi, 20, menceritakan detik cemas selepas berjaya menangkap seekor pari betina seberat 130 kilogram menggunakan pukat, semalam.
Pari batik itu ditemui tersangkut di pukat dipasang Muhammad Azri bersama rakannya, Nik Mohamad Anas Nik Mansor, 17, di Terusan Kemasin-Semerak di Gate Kulim, kira-kira jam 5 petang kelmarin sebelum memeriksanya semula pada jam 7.30 pagi semalam.
Muhammad Azri dari Kampung Gong Datuk, berkata, pada mulanya dia dan Nik Mohamad Anas menyangka pukat tersangkut benda berat selepas tidak mampu mengangkatnya dan menariknya menggunakan bot.
Katanya, malang bagi mereka apabila enjin bot rosak menyebabkan terpaksa mendayung sejauh 80 meter ke tebing.
“Sebaik tiba di tebing, benda berat itu tiba-tiba menggelupur sebelum saya nekad menyelam untuk melihat apa yang tersangkut pada pukat dan terkejut melihat seekor pari bersaiz tiga meter panjang dan dua meter lebar berusaha keluar dari pukat.
“Kami berusaha menaikkan pari itu, namun tidak mampu kerana terlalu berat. Tali sebesar jari telunjuk terpaksa digunakan untuk menaikkannya ke darat selepas dua jam berhempas pulas ‘bertarung,” katanya.

No comments:

Post a Comment