Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 10 September 2013

Keputusan Isu Kalimah Allah Akan Diketahui Oktober Ini


Mahkamah Rayuan menangguhkan ke satu tarikh lain bagi menetapkan keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald – The Catholic Weekly.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang selesai mendengar penghujahan kesemua pihak membayangkan keputusan rayuan itu akan diumumkan pada Oktober ini
Dua lagi hakim yang membuat keputusan ialah Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Aziz Rahim.
Pada 22 Ogos lalu, mahkamah yang sama menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald.
Keputusan dibuat oleh tiga panel hakim, diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Keputusan itu membolehkan prosiding rayuan penuh diadakan hari ini.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

No comments:

Post a Comment