Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 10 September 2013

Soalan bocor UPSR 2013?

Ramai juga yang google cari soalan bocor di google? pelik betul.. kalau ada pun soalan bocor upsr, siapa yang berani nak kongsi terang-terang dalam internet. Nasihat ringkas buat mereka yang mencari soalan bocor ni, tidak ada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Apa yang kita perlu lakukan adalah teruskan usaha dan usaha dan usaha untuk jadi lebih baik dalam hidup ini.
Persaingan dalam merebut tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh, MRSM dan lain-lain memang cukup hebat sekarang ni. Tidak seperti zaman saya dahulu, 5A boleh kira dengan jari ja di sekolah-sekolah. Hari ini terlalu ramai yang mampu peroleh keputusan cemerlang 5A dan kerana persaingan ini juga mungkin mereka mahu mencari jalan pintas.

Apa pun diharapkan semua calon dapat lakukan yang terbaik pada UPSR kali ini. Jangan tak berusaha dan kemudian bagi alasan ini semua takdir Allah….  hehe

No comments:

Post a Comment