Di Thailand, ada sebuah kuil Buddha digelar Kuil Harimau ( Tiger Temple ) Wat Pha Luang Ta Bua. Ia terletak di daerah Kanchanaburi. Uniknya, kuil ni bukan sahaja dihuni manusia, tetapi juga haiwan buas iaitu harimau.
Asalnya, kuil ni dijumpai dalam sebuah hutan tebal pada 1994, yg turut menjadi habitat pelbagai hidupan liar. Pada 1995, kuil ni mendapat lencana Buddha Jubli Emas yg diperbuat daripada 80 kg emas.
Pada 1999, kuil ni menerima seekor anak harimau pertama yang sakit dan yatim, selepas ibunya mati ditembak. Anak harimau tu dirawat dan dibesarkan oleh sami2 ni. Anehnya, lepas tu berderet anak2 harimau datang ke sini lepas kematian ibu masing2 akibat ditembak. Hingga 2009, hampir 50 ekor harimau telah membesar di kuil ni.
Bukan setakat harimau je, kadang2 babi hutan, rusa, kijang pun turun dari bukit ke kuil ni setiap petang untuk makan bersama lembu, kambing, ayam dan arnab yg menetap di kuil ni.
Harimau2 ni diberi makan ayam dan daging lembu yg dimasak. Daging2 ni dimasak terlebih dahulu bagi mengelakkan harimau2 ni merasai darah dan bagi membunuh virus selsema burung yg mungkin wujud pada ayam2 yg diternak.
Kuil ni menerima pengunjung dari seluruh dunia, di antara 300 hingga 600 orang sehari.
No comments:
Post a Comment