Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 16 November 2013

Motor ini Hanya Ada Satu Tayar



Pengeluar motor Portland Oregon, Amerika Syarikat, Ryno Motors, menjawab cabaran pasaran automotif dunia model motosikal masa depan yang jimat bahan bakar, ringkas, praktikal, dan tak memerlukan kawasan parking yang luas.

Dilaporkan Dailymail, Isnin 15 Julai 2013, motosikal elektrik yang hanya mempunyai roda satu. Yang di beri nama: Ryno.

Designnya dibuat mirip motor sport. Ryno menggunakan tayar berukuran besar dengan telapak lebar. Hendel dan kokpit yang dilengkapi windshield menguatkan kesan tersebut.

Motor yang dilengkapi bateri lithium-iron-phosphate ini mampu menempuh jarak 48 km, dengan keadaan bateri dicas sepenuhnya. Pemilik hanya  perlu melakukan pengisian bateri selama 1.5 jam. Ryno dapat meluncur hingga kelajuan 40 km / jam.

Dengan berat 57 kg, motor ini akan mudah dibawa ke dalam lif dan bilik, bagi para pemiliknya yang tinggal di apertemen. Ryno sesuai digunakan di kawasan pejalan kaki di bandar, dan sebagai cara pengangkutan jarak dekat

Dengan bentuk yang kecil, Ryno dapat melakukan aksi menyelinap dengan lebih lincah berbanding motosikal pada umumnya. Selain itu, Ryno tidak memerlukan kawasan parking yang luas

Ryno akan mula dipasaran pada bulan depan. Syarikat ini belum mengeluarkan spesifikasi lengkap atau butiran harga, tetapi dianggarkan kos sekitar 2.250 pound streling- menurut angka yang dikeluarkan ketika versi konsepnya diperkenalkan pada 2010. (adi)



No comments:

Post a Comment