ZIARAH… guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar..
Apapun bagi kami, itu normal. Nama pun sekolah agama dan pastinya lebih banyak iblis dan syaitan yang cuba menghampiri tempat-tempat sebgitu untuk terus menyesatkan umat manusia.
Dan kejadian baru-baru ini melibatkan seorang pelajar tahun 1 iaitu Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang dibelasah sehingga koma oleh guru sekolahnya atas sebab dituduh mencuri wang RM7 milik rakan sekelas mangsa. Paling menyedihkan, apabila pelajar tersebut yang ketiadaan ibu dan juga anak tunggal menghembuskan nafas terakhir di ICU akibat pendarahan dalaman.
Bayangkan, hanya kerana RM7, tergamak guru tersebut meragut nyawa budak yang baru ingin kenal dunia. Kalau benar guru tersebut bersalah, harap hukuman yang setimpal dapat diberikan kepadanya agar menjadi contoh dan pengajaran kepada yang lain.
No comments:
Post a Comment