Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 13 November 2013

Otak lelaki Boleh Berhenti Apabila Namanya Disebut Wanita

Tubuh perempuan ternyata begitu penting bagikaum lelaki. Perempuan bagaikan satu pakejterulung yang boleh membuat lelaki terpesona,dari lekuk tubuhnya, aroma tubuhnya, wangirambutnya, hingga kelembutan kulitnya. Ketikatubuh wanita melintas di hadapannya, dalam tempoh seketika lelaki lupa dengan semua halyang semula difikirkannya. Bahkan, mendengar nama perempuan disebut saja sudah membuat otak lelaki berhenti bekerja. Ini bukan sekadar telahan, kerana telah dirujuk daripada hasil kajian psikologi Johan Karremans dan Sanne Nauts.

Kedua-duanya mengadakan Stroop Test, uji kognitif dasar di mana biasanya anda akan melihat sehelai kertas mengandungi kata-kata tentang jenis-jenis warna, namun kata-kata tersebut dicetak dengan warna yang berbeza. Lalu anda diminta menyebutkan warna dari kata yang tertera, bukan apa kata tersebut.

Namun dalam eksperimen Stroop Test ini, kedua-dua penyelidik meminta menguji 71 lelaki dan wanita yang menjadi sukarelawan untuk memberikan respons melalui instant message dari sebuah monitor yang akan membawa nama laki-laki atau perempuan. Kemampuan kognitif kaum perempuan rupanya tidak terpengarah oleh nama laki-laki atau perempuan yang dipaparkan. Sementara kaum lelaki, walaupun sama sekali tidak terpengaruh oleh nama laki-laki, gagal menunjukkan kemampuan kognitif mereka setelah mendengar nama perempuan. Dengan kata lain, otak mereka tidak berfungsi dalam kapasiti penuh hanya kerana mereka mendengar nama "Amanda" atau "Natalie" muncul di skrin monitor.

Dalam eksperimen seterusnya, seluruh peserta diberitahu bahawa seorang lelaki atau wanita akan menghantar mesej kepada mereka melalui instant messenger. Walaupun tidak ada mesej-mesej yang dihantar, lelaki masih tersipu-sipu, dan gagal lagi dalam ujian kognitifnya.


Mengapa reaksi lelaki sangat berbeza dari kaum wanita? Sukar dijelaskan, namun menurut Nauts, hal ini kemungkinan disebabkan kaum lelaki cenderung lebih memberi makna akan situasi yang relatif neutral dalam konotasi seksual berbanding kaum perempuan.

No comments:

Post a Comment