Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 14 November 2013

Pasir Mas Kelantan Kilang Gadis Cantik??

Pergh mantap betul entri aku kali ni, pasti ramai yang suka baca tentang ni. Memang betul aa kilang ke? Ni boleh saing dengan omputih la ni huhuhu.

Pernah dengar Pasir Mas? Salah satu tempat popular di negeri Kelantan. Dengar cerita ramai mengatakan tempat ni adalah tempat datangnya gadis-gadis cantik huhuhu.

Ramai orang cakap yang gadis Pasir Mas ni memiliki wajah Melayu yang asli.. tak payah solek pon dah mampu menggoda lelaki.. selain itu, kulit mereka ni khususnya kat tangan, kelihatan halus mulus, gebu dan lembut seperti bayi..

Mata diorang pulak memang menawan.. berwarna coklat kebiruan dan kelabu.. macam mata omputih gitu.. hehe.. siap lengap dengan alis mata dan kening hitam yang tebal seolah- olah memakai celak jenama Shiseido..

Ada orang mendakwa bahawa awek2 Pasir Mas ni cun sebab diorang ada kaitan dengan Puteri Sa'adong yang cantik jelita tu.. Puteri Sa'adong ni merupakan sebahagian daripada kisah lagenda Kelantan.. ada jugak yang cakap gadis2 Pasir Mas ni cantik sebab mewarisi kecantikan nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand..

Ni antara tips yang diamalkan nenek moyang mereka mengikut kajian..

- Mengamalkan makan beras pulut setiap hari
- Mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit muka
- Memakan buah- buahan seperti tomato pada setiap pagi
- Meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan

Ni pulak antara senarai kampung2 yang digembar- gemburkan menghasilkan ramai gadis cantik.. so, sape2 yang solo tu boleh usha la kampung ni.. heheh

- Kampung Seberang Pasir Mas
- Kampung Betong
- Kampung Aur Duri
- Kampung Bunut Susu ( kampung ayah aku ni.. hehe )
- Kampung Slow Machang
- Kampung Kubang Bemban

Hehe.. sekadar berkongsi ilmu.

No comments:

Post a Comment