Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 24 November 2013

Pokok Tomato Menghasilkan Ubi Kentang Pada Pokok Yang Sama

Tomato dan kentang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza. Buah tomato tumbuh tergantung pada batang daun sedangkan kentang adalah sejenis tanaman yang berbuah di dalam tanah.



Sebuah syarikat hortikultur Thompson & Morgan s berjaya mencipta satu tanaman unik yang dapat menghasilkan kentang dan tomato pada waktu yang sama.

TomTato adalah nama tanaman yang boleh menghasilkan tomato dan kentang dalam waktu yang bersamaan . Tanaman ini dihasilkan bukan melalui hasil kejuruteraan genetik . 

Dipetik dari BBC News , tanaman ini dihasilkan dengan cara melakukan teknik cantuman atau cantuman yang menggabungkan 2 tanaman berbeza untuk menghasilkan sebuah pokok . Memerlukan proses yang agak sukar dan memerlukan ketelitian untuk menghasilkan tanaman ini .

Syarikat hortikultura ini juga mengatakan bahwan TomTato menghasilkan verietas tomato pilihan yang rasanya lebih manis dan bentuk sangat bagus berbanding dengan tomato- tomato yang dijual di pasar raya . Thompson & Morgan s juga mengatakan bahawa tanaman ini telah melalui ujian dan selamat untuk dimakan dan tidak mengandungi racun.

Selain itu tanaman ini boleh menghasilkan ratusan buah tomato segar dan juga kentang yang besar-besar, boleh dituai dalam satu masa.

           

No comments:

Post a Comment