Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday, 22 November 2013

Rambut Wanita Ini Memerlukan 2 Hari Untuk Di Cuci

Rambut lurus dan indah merupakan impian setiap wanita.Bukan sedikit wanita berambut kriting ke salon untuk buat rebonding. Namun itu tidak bagi wanita ini. Namanya Aevin Dugas. Ia bangga boleh memecahkan rekod afro-nya.

Rambut kribo wanita 37 tahun ini jika diluruskan mencapai 1,02 meter. Selama 14 tahun Dugas tidak pernah memotong rambutnya. Dan, rekod mempertahankan afro-nya ini berjaya memenangi Guinness Book of Records.

Tentu tidak mudah mempunyai rambut kribo yang panjangnya 1,02 meter. Rambut super besarnya membawa kesan sendiri buat wanita ini. Ia harus bersusah payah ketika tiba waktunya untuk mencuci rambut. Bayangkan, Dugas memerlukan dua hari hanya untuk mencuci. Ada sejumlah ritual yang harus dilakukannya.

Dugas tidak terus menyiram rambutnya secara langsung. Ia terlebih dahulu mengikat rambutnya menjadi beberapa bahagian, kemudian baru membasuhnya satu per satu.

Tidak hanya ketika membasuh, rambut Dugas juga menyukarkannya mencari pasangan. Sebab rambut Dugas membuat lelaki takut, terutama ketika pertama kali bertemu. Meski pun sukar mendapatkan pasangan, Dugas mengaku bahagia. Kerana ketika dirinya berjalan di luar rumah, banyak orang yang mengagumi rambutnya. Sikap Dugas ini boleh memberi inspirasi wanita berambut kriting untuk mempertahankan mahkotanya apa adanya. 



No comments:

Post a Comment