Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 25 November 2013

Rwanda Guna Askar Kanak-Kanak

AMERIKA Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas Rwanda berhubung penggunaan askar kanak-kanak oleh pemberontak di Republik Demokratik Congo (DR Congo).

Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Afrika Linda Thomas- Greenfield berkata, AS menggunakan Akta Perlindungan Askar Kanak-kanak 2008 dalam mengenakan sekatan ke atas Rwanda.

“Langkah awal diambil adalah menamatkan bantuan kewangan dan ketenteraan dalam tahun fiskal 2014 bermula 1 Oktober. Tetapi, kami masih menyokong tentera pengaman di sana termasuk kalangan tentera kanak-kanak," katanya.

 Jurucakap Timbalan Jabatan Negara Marie Harf berkata, Rwanda dikenakan sekatan kerana menyokong gerakan pemberontak M23 yang disifatkan sebagai kumpulan pemberontak yang terus aktif merekrut dan menculik kanak-kanak serta mengancam kestabilan di DR Congo Timur.

Pemberontak M23 diasaskan bekas pemberontak Tutsi yang digabungkan ke dalam tentera Congo di bawah perjanjian damai 2009.

Pada April 2012, M23 mengangkat senjata terhadap bekas rakan-rakan mereka dan melancarkan pemberontakan untuk memusnahkan bahagian timur DR Congo yang kaya dengan sumber mineral.

Lebih 550 askar kanak-kanak dibebaskan

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan, lebih  550 kanak-kanak meninggalkan perkhidmatan tentera yang disertai di barat daya Wilayah Katanga.

Timbalan Ketua Komunikasi OCHA, Sylvestre Ntumba Mudingayi berkata, kempen kesedaran supaya kanak-kanak berkenaan meninggalkan kumpulan tentera  itu dianggap berjaya selepas 557 kanak-kanak meninggalkan kumpulan terbabit antara Mac dan Ogos.

Menurutnya, kumpulan bersenjata di utara Katanga dan kumpulan pejuang Mai Mai menggunakan tentera kanak- kanak secara paksa.

"Seramai 444 askar kanak-kanak kini tinggal di rumah perlindungan, manakala 113 kembali semula ke pangkuan keluarga, manakala 27 kanak-kanak menyertai tentera kerajaan menerima gaji penuh terakhir dan jaminan keselamatan,” katanya.

Kini, kesemua kanak-kanak itu, diberi bantuan persekolahan dan pendidikan moral. Kebanyakan daripada mereka mempunyai karakter 'ganas' kerana kesan daripada latihan ketenteraan yang keras.

No comments:

Post a Comment