Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 16 November 2013

Sejarah Sebenar Mercedes Benz


mercedes-benz_logo
carl benz
Mercedes-Benz ialah sebuah syarikat pengeluar kereta multinasional dari Jerman milikan Daimler AG, dan merupakan jenama yang digunakan untuk kereta mewah, bas, dan lori. Mercedes-Benz diasaskan oleh Karl Benz dan ditubuhkan pada tahun 1886. Ibu pejabat Mercedes-Benz terletak di Stuttgart, Baden-Württemberg, Jerman.
Sejarah Daimler-Benz bermula seawal 1880-an apabila Karl Benz (1844–1929) dan Gottlieb Daimler (1834–1900), bekerja dengan Wilhelm Maybach (1846–1929), masing-masing mencipta kereta yang digerakkan enjin pembakaran dalaman di selatan Jerman. Walaupun mereka hanya dipisahkan jarak sejauh 60 batu, masing-masing tidak menyedari hasil kerja satu sama lain.
Karl Benz mempunyai sebuah kedai di Mannheim dan mencipta kereta sebenar pertama yang digerakkan oleh enjin pembakaran dalaman pada 1885. Kereta beroda tiga tersebut dinamakan sebagai Benz Patent Motorwagen. Sementara itu pula, Gottlieb Daimler dan rakan rekabentuknya Maybach, mencipta prototaip bagi rekaan enjin petrol model, dikenali sebagai “enjin jam besar” (grandfather clock engine). Kedua-dua Benz dan Daimler membuka syarikat kereta masing-masing iaitu Benz & Cie. dan DMG tidak lama kemudian. Menjelang 1900, Benz & Cie. menjadi syarikat automotif terbesar di dunia.
Pada tahun 1899, kereta DMG dijadikan kereta lumba oleh Emil Jellinek (1853-1918), seorang pengedar dan peminat automotif. Dalam perlumbaan, dia mengecat nama anak perempuannya, Mercedes, pada keretanya untuk mendatangkan tuah. Hasilnya, lahirlah model DMG tahun 1902 yang bakal menjadi siri kereta DMG Mercedes pertama iaitu Mercedes 35 hp. Jellinek juga turut diundang untuk menjadi ahli lembaga pengarah DMG dari tahun 1901 hingga 1909.
Selain membawa tuah kepada Jellinek, nama Mercedes juga mula diguna pakai oleh DMG untuk mengelakkan daripada masalah perundangan memandangkan DMG menjual hak eksklusif bagi nama Daimler kepada sebuah syarikat asing setelah kematian Daimler pada tahun 1900. Hasilnya, jenama kereta mewah Daimler dibina di England dan bukannya di Jerman.
Pada tahun 1924, kedua-dua syarikat DMG dan Benz & Cie. yang sebelum ini bersaing sesama sendiri mula bekerjasama hasil kepentingan untuk memulihkan ekonomi Jerman yang lumpuh semasa Perang dunia pertama, dan akhirnya bergabung membentuk Daimler-Benz AG pada tahun 1926. Penggabungan tersebut menyebabkan kereta keluaran kedua-dua syarikat tersebut dijenamakan semula sebagai Mercedes-Benz. Selain kereta, bas dan lori, Mercedes-Benz turut membina enjin bot dan kapal terbang, malah kapal udara Zeppelin juga. Karl Benz meninggal dunia pada 1929.
Sungguhpun Mercedes-Benz amat terkenal dengan model-model kereta mewahnya, ia turut mengeluarkan model-model berprestasi tinggi serta model-model mampu milik seperti model A-Class. Di samping itu, sebuah anak syarikat Mercedes-Benz iaitu Smart turut menghasilkan kereta mampu milik seperti Smart ForTwo dan Smart ForFour.
Selain Jerman, Mercedes-Benz turut dikilangkan atau dipasang di Afrika Selatan, Thailand, Malaysia, Amerika Syarikat, Argentina ( kilang Mercedes-Benz yang pertama di luar Jerman), Brazil, India, Nigeria, United Kingdom(model supercar SLR dibina di Pusat Teknologi McLaren di Woking), Mesir, Austria (G-Class), China, Turki, Korea Selatan (model Musso dan MB100 yang menggunakan jenama Mercedes dikilangkan oleh Ssangyong Motor Company). Mercedes-Benz adalah pengeluar kenderaan berat terbesar di dunia.
mercedes 1


hitler-mercedes

2CB1C9EE116E8A86D7683BECCE366

Hitler-Riding-in-his-merc-001

1961_Mercedes_Benz_O321H_Wohnmobile_Motor_Home_Classic_For_Sale_Front_resize

60518mer

1937-Mercedes-Benz-540K-Special-Roadster

1962-Mercedes-Benz-300-SL-Roadster

1980-Mercedes-Benz-S-Class-W126

2012_Mercedes-Benz_C63_AMG_Car_Review_-_Flickr_-_NRMA_New_Cars_(1)
mercedes-c-class-black

No comments:

Post a Comment