Seorang wanita Sweden telah menemui cincin perkahwinannya pada sebatang lobak merah yang sedang membesar di kebunnya. Cincin itu dikatakan telah hilang 16 tahun yang lalu iaitu pada 1995 dan telah dijumpai pada penghujung 2011 lalu.
Lobak bercincin. |
Puan Paahlsson dan keluarganya tinggal di sebuah ladang berhampiran Mora di tengah-tengah Sweden. Beliau menanggalkan cincin itu untuk menyiapkan hidangan bersama anak perempuannya sempena Krismas tetapi ia hilang dari tempat ia ditinggalkan. Keluarganya mencari di merata tempat sehinggakan jubin di atas lantai turut ditanggal semasa pengubahsuaian rumah beberapa tahun selepas itu dengan harapan menjumpai cincin itu kembali.
16 tahun selepas itu, apabila Puan Paahlsson menarik keluar lobak merah di kebunnya, beliau terjumpa kembali cincinnya yang hilang selepas ternampak sesuatu yang mengelilingi kemas pada sebatang lobak. Beliau dan pasangannya percaya cincin itu terjatuh masuk ke singki pada 1995 dan telah bercampur bersama sisa kulit sayur-sayuran yang kemudiannya ditukar menjadi baja kompos atau diberi makan kepada kambing biri-biri mereka.
Puan Paahlsson dan suaminya. |
Walaupun cincin itu tidak lagi muat, beliau berharap ia boleh diperbesarkan supaya boleh memakainya kembali. - BBC News
Ada juga kes cincin yang lebih kurang sama. Bukan The Lord of the Rings. Yang ni, si suami terbuang cincin si isteri. Disebabkan kasih dan sayang si suami (atau mungkin takut bini), longgokan sampah pun dia sanggup selongkar untuk dapatkan balik cincin si isteri. Lebih kurang macam tu la ceritanya.
No comments:
Post a Comment