Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 7 November 2013

Seram! Tolong Selamatkan Saya

Zainah merupakan seorang gadis yang agak kasar perlakuannya, namun sejak akhir-akhir ini sikapnya seakan berubah. Teman sebiliknya, faridah sedikit terkejut dengan perubahan yang berlaku ke atas rakannya. hampir setiap malam zainah akan keluar dari bilik dan berkunjung ke kafe siber.

Nick name Julia dan Zack terpapar di skrin komputer. Hampir 4 jam mereka berchatting tanpa henti dichannel tersebut. Zainah makin terhibur dengan pertemuan yang tidak diduga ini, dan akhirnya berlarutan selama berbulan-bulan.

Zainah makin rapat dengan zack sekalipun tidak pernah mengenali rupa paras masing-masing. Tambah mengejutkan sikap dan pakaian zainah turut berubah, dia yang dulunya sedikit kasar dan gemar memakai pakaian ala lelaki kini kelihatan bertambah ayu dengan penampilan barunya. Zainah meneruskan rutin hariannya pada malam itu ke kafe siber untuk bertemu Zack jam 8 malam dichannel yang sama seperti yang telah dijanjikan. Malam semakin tua namun nick name zack masih belum menjelma, jam di dinding telah pun menunjukkan pukul 12 malam namun Zack masih belum muncul.

Biarpun kecewa dengan apa yang berlaku, Zainah tidak putus asa. Dia msih meneruskan rutin hariannya ke kafe siber setiap hari untuk berchatting bersama Zack walaupun usaha yang dilakukannya itu tidak berjaya. Seminggu berlalu pergi dan Zainah masih setia menanti. Malam itu dia sangat bertuah kerana akhirnya dapat berbual dengan Zack yang dinantikannya setelah sekian lama.

Julia : kenapa dh lama x on9? lama sy cri awak, telefon pun xdpt. awak pergi mn?
Zack : saya ada masalah skit, trpksa prgi tmpt lain, sbb tu x dpt contact awak.
Julia : awak x sihat ker?

Tiada jawapan... Zack mengambil langkah mendiamkan diri setelah diajukan soalan itu. Tak sampai hati rasanya nak memaklumkan perkara tersebut. Namun begitu dia terpaksa memberitahu segalanya kerana hanya Zainah sahaja yang mampu membantunya.

Julia : naper x reply? awak still ader ker x ni?
Zack : yerp, ader lagi neh...sya akan sntiasa ada di cc awak slalu.julia, saya nk mntak tlg ley x?
Julia : apa dia? slagi sy ley tlg, sy akan tlg
Zack : biarpun keadaan x sm lg mcm dulu tp prasaan trhadap awak masih kuat
Julia : apa yg awak ckp ni?sy x fhmlah. keadaan apa yg x sm? awak nper neh?
Zack : hrp awak x trkejut ngan brita nih. sy kemalangan mgu lpas sbb itulah x dpt contact awak. sy luka parah, byk darah hilang...sy tercmpk dlm semak dan cba dptkan bantuan ttp hampa
Julia : hbis skang awak katner?keadaan awak?
Zack : sy masih lagi di sni, menantikan prtolongan di Kilometer 8, Jalan Panglima Garang. hrp awak dpt 'mnyelamatkan' sy.

Perbualan terhenti di situ, Zainah seakan terpaku dengan berita yang diterimanya. Tanpa berlengah lagi dia cuba mencari dan menghubungi keluarga Zack bagi mendapatkan kepastian dan ternyata mereka juga masih mencari Zack yang dipercayai hilang sejak seminggu yang lalu.

Air mata Zainah mengalir deras di pipinya dan tanpa membuang masa dia terus memaklumkan berita tersebut kemudian bergegas ke tempat yang dimaksudkan, ditemani rakan sebiliknya, Faridah. Setibanya mereka di sana, kelihatan beberapa buah kereta polis, ambulans dan ahli keluarga Zack telah pun tiba terlebih dahulu. Bau busuk menerawang ke merata tempat dan tidak lama kemudian mayat Zack diusung keluar dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Sekalipun sedih dengan apa yang terjadi namun Zainah amat berpuas hati kerana dapat 'menyelamatkan' mayat Zack dari terus bersemadi di situ dan persoalannya kini, ada sesiapa yang pernah berchatting dengan nick name Zack?

p/s : cerita tipu hiburan semata, sila jangan percaya... Sekadar pembuka bicara, kat bawah ni haa sebenarnya yang aku nak kongsikan... Serius info no9 buatkan korang dah tak takut dengan hantu jenis ni...



No comments:

Post a Comment