Seramai 60 orang maut manakala beratus lagi mengalami keracunan selepas mengambil minuman alkohol buatan sendiri di Libya, demikian menurut pegawai kerajaan susulan pihak berkuasa tempatan mahu mengambil tindakan tegas terhadap penyeludupan minuman keras.
“Angka korban akibat pengambilan minuman alkohol berkenaan meningkat kepada 60 orang manakala 709 yang lain mengalami keracunan,” kata Ketua Pasukan Krisis Kementerian Kesihatan, Osama Abdejalil pada sidang media, di sini, Sabtu lalu.
Menteri Kesihatan, Nour Doghman, berkata masalah keracunan kemungkinan disebabkan metanol yang terdapat dalam arak murah dikenali sebagai Boukha dan Libya menggesa rakyatnya supaya tidak mengambil sebarang bentuk minuman beralkohol ketika ini.
Metanol yang juga digunakan sebagai bahan api sering dicampurkan dengan arak buatan sendiri dalam kuantiti kecil untuk mengukuhkan kandungan alkoholnya. – AFP
No comments:
Post a Comment