Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 16 November 2013

Biodata Bill Gates..


Bill Gates
Mungkin semua orang telah mengenali siapa sebenarnya Bill Gates, beliau adalah diantara orang yang paling kaya di dunia. Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut. Beliau merupakan ahli perniagaan Amerika Syarikat dan beliau adalah pengasas dan pemilik Microsoft Corporation.
Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.
Nama sebenar Bill Gates adalah William Henry Gates, beliau dilahirkan di Seattle, Washington, pada 28 Oktober 1955. Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Bill Gates berkahwin dengan bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal dari Dallas, Texas pada 1 Januari 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) dan Phoebe Adele Gates (2002).



981253_20000602_04757.jpg

bill-gates-was-the-only-person-that-could-fire-steve-ballmer-and-it-sure-looks-like-he-did
bill-gates-desk-picture

No comments:

Post a Comment