Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 16 November 2013

Siapakah Sebenarnya Pencipta Kapal Terbang??


kapal terbang
Tahukah anda siapakah orang pertama yang mencipta Kapal terbang?  Rata-rata sudah pasti akan mengatakan Wright Brothers (Orville Wright dan Wilbur Wright) adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang.
Dunia telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta kapal terbang pertama kerana mereka dengan jayanya dapat mencipta kapal terbang bernama Flyer yang berjaya terbang dengan baik sekali.
Tetapi tahukah kita bahawa konsep kapal terbang yang diguna pakai oleh Wright Brothers untuk mencipta kapal terbangnya adalah menggunakan konsep atau idea dari Ilmuan Islam iaitu Abbas Ibn Firnas.
Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qassim Ibnu Firnas, merupakan seorang yang berketurunan Berber dari Sepanyol. Beliau adalah seorang pakar Sains, Ahli Teknologi dan Ahli Kimia, Fizik dan Astronomi.
Beliau telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta Planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibnu Firnas telah mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum The Wright Brothers.
Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya (penemuan payung terjun). Beliau terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya.
Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa beliau tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Beliau tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu.
Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar. Beliau juga membuat simulasi guruh dan kilat, menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.
Selain itu, beliau mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir juga menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Beliau juga memajukan proses bagi memotong kristal batu.
Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun. Libya telah mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempena namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.

No comments:

Post a Comment