Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 22 November 2013

Budak Ini Jadi Terkenal Kerana Rambut Panjangnya

Bohdana Stotska, kanak-kanak 8 tahun yang mempunyai rambut sepanjang 3 kaki (kira-kira 90 cm) menyerupai rambut seperti cerita dongeng, Rapunzel. Memerlukan waktu sekurang-kurangnya dua jam baginya untuk mencuci hingga mengeringkan rambutnya yang panjang tersebut.

Bohdana, menjadikan Rapunzel sebagai inspirasi nya:

"Saya suka rambut saya kerana tidak ada orang lain yang mempunyai rambut panjang seperti yang saya miliki," kata Bohdana seperti dipetik dari dailymail (16/6/2013).

Ibunya, Olga, harus menghabiskan masa setengah jam sehari untuk menyikat agar rambut emas anaknya tidak kusut. Olga yang berpindah dari London ke Ukraine september lalu mendedahkan bahawa Ia tidak menggunakan bahan kimia, Ia hanya menggunakan perkara mudah yang digunakan untuk bayi.

Sampai sekarang Bohdana belum mahu memotong rambutnya, Ia ingin terkenal dan jadi pusat perhatian dengan rambutnya.



No comments:

Post a Comment