Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 16 November 2013

Bukan Salah isteri kalau suami tak puas seks!!

Masalah yang satu ini walaupun” terlindung ” dari pandangan mata namun tak dinafikan ia mampu menggongcangkan rumah tangga. Ibarat api dalam sekam masalah ini jika dibiarkan mampu menyebabkan rumah tangga hambar malah berkonflik dalam diam. Lebih parah lagi ia juga dikatakan menjadi penyebab suami berlaku curang dan pasangan bercerai berai.
Selalunya bila masalah ketidakpuasan seks suami diutarakan, ramai yang memandang kesilapan di pihak wanita.
Sikap kaku isteri yang kurang memberi respons di ranjang dikatakan menyebabkan suami tidak menikmati sepenuhnya perhubungan intim. Ini cuma satu, kalau diteliti pasti banyak lagi salah isteri yang dilihat.
Tapi janganlah terus menuding jari pada isteri, mungkin benar ada isteri yang salah namun ia juga sebenarnya boleh berlaku kerana faktor suami itu sendiri.
Antaranya kerana tindakan dan sikap suami seperti di bawah ini:
Kahwin awal
Keadaan ini akan menyebabkan si lelaki kurang bersedia menjalani liku-liku hidup berumah tangga. Sekiranya mendirikan perkahwinan pada usia yang masih muda tidak mustahil mereka masih belum matang terhadap masalah rumah tangga dan juga masalah seksual yang dihadapinya. Justeru minat terhadap seks akan menurun dan rumah tagga mula goyah.
Kurangnya pengetahuan
Walaupun mungkin sudah bertahun-tahun berumah tangga namun ada lelaki yang tidak mengetahui tentang masalah seksual yang dihadapinya. Ia dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan sehingga akhirnya membawa kepada ketidakpuasan isteri pula. Dari sinilah hubungan suami isteri akan berasa dingin.
Tertarik pada fizikal isteri semata-mata
Wajah pasangan yang cantik atau tubuh badan yang menarik tidak akan menjamin kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Sebaliknya cara layanan isteri terhadap suamilah yang akan memastikan kebahagiaan rumah tangga apatah lagi jika si isteri pandai melayan nafsu seks pasangannya. Sekiranya penampilan fizikal saja yang cantik namun sifat serta karakter isteri sebaliknya maka ia memberi kesan pada ketertarikan suami pada seks.
Berkahwin kerana nafsu
Perkahwinan yang hanya dibayangi oleh nafsu berahi semata-mata tidak akan mampu bertahan. Ikatan perkahwinan akan longgar jika aspek lain dalam perkahwinan tiada antara pasangan seperti kasih sayang, kepercayaan dan sebagainya.
Sikap ego dan nafsu yang terlalu tinggi
Sikap ego yang tinggi begitu juga nafsu turut menjadi penyebab masalah seks dalam rumah tangga. Suami akan merasa selalu puas dalam hubungan seksualnya. Ini juga menjadi punca lelaki mencari kepuasan seksual di luar rumah.
Fantasi seks melampau
Lelaki mempunyai fantasi seksnya sendiri dan kadang-kadang fantasi tersebut berlebihan. Bila isteri tidak dapat memenuhi fantasi seks itu, mereka mula merasa pasangannya tidak sesuai kerana tidak berjaya memuaskan kehendaknya.
Jodoh aturan keluarga
Tidak mustahil ada suami yang langsung tidak menyentuh isterinya berbulan-bulan kerana wanita yang dikahwininya bukan pilihan hatinya. Apalah ertinya berumah tangga sekiranya tiada hubungan seksual. Sekiranya berlarutan tidak mustahil juga rumah tangga yang dibina ini akan retak.
komen sikit yerrrr….pisss…

No comments:

Post a Comment