Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 15 November 2013

Haiwan Yang Paling Ditakuti Ular

1. Landak

Sukar untuk dibayangkan bahawa ular akan kalah kepada binatang yang lambat dan lemah seperti landak. Landak dengan mudah dapat membunuh seekor ular viperLandak mempunyai perisai berduri. Duri-duri landak tersebut sangat berbahaya bagi ularUlar akan terluka parah dan apabila ular sudah lemah landak akan menggigit leher ular beberapa kali dan gigitan terakhir akan meremukkan tulang belakang ularLandak boleh mengeluarkan racun arsenik yang boleh membunuh 25 orang manusiaNamun landak juga boleh mati jika digigit oleh ular pada bahagian tertentuMuncung landak adalah bahagian paling lemah.

2. Luak

Luak sangat terkenal kerana kemampuan mereka untuk membunuh ular. Luak akan menyambar ular pada bahagian belakang kepala ular dan akan menggigitnya dengan rahangnya yang kuatUlar yang sepanjang 1.5 m boleh dihabiskan oleh luak dalam masa 15 minit. Luak kebal terhadap bisa ular tedung yang sangat beracun bagi manusiaLuak akan pengsan sementara jika terkena bisa ular, dan akan memakan ular tersebut setelah sedar dari pengsanKarnivor ganas ini terkenal dengan sebutan pemburu ular.

3. Mongoose

Mongooses (sejenis musang) menyerang ular melalui gerakan pantasnya. Haiwan ini mempunyai lapisan kulit yang tebal sehingga bisa ular tidak mudah masuk ke tubuh merekaMongoose mampu membunuh ular tedung sepanjang 3 m. Namun begitu, moongoose tidaklah sepenuhnya kebal terhadap bisa ularMongoose memerlukan masa beberapa jam untuk memulihkan kekuatannya jika terkena bisa ular.

4. Secretary bird

Disebut 'burung setiausaha' kerana memiliki bulu ditengkuk yang menyerupai setiausaha tua yang menyelitkan pensel ditelinga merekaBurung Setiausaha biasanya membunuh ular dengan menendangnya dengan kuat kerana burung setiausaha memiliki kaki panjang dan kuatJika tidak boleh membunuh ular didarat, burung ini akan membawa ular ke udara dan melemparkannya ke batu.  


5. Ular pemakan ular

Ada ular yang memakan speisesnya sendiriMereka adalah ular jenis Clelia dari Amerika SelatanBegitu juga dengan king cobraKing cobra adalah ular berbisa yang terbesar di duniapanjangnya boleh mencapai 5.5 mNama saintifiknya adalah Ophiophagus, yang bermaksud pemakan ular dan mangsa yang paling disukainya adalah ular tedung (cobra) dari spesies yang lain.
6. Helang Ular (raptor)

Raptor bird atau helang ular terdapat di kawasan Eropah, Asia dan Afrika. Mangsa kegemaran mereka adalah ular.

7. Armadillos

Armadillos membunuh ular dengan cara melanggar ular sehingga ular tersebut terpotong oleh cengkerang Armadillos yang sangat keras dan tajam.

No comments:

Post a Comment