Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 18 November 2013

Coklat Susu Unta Pertama Di Dunia.

Doha - Kalau anda melancong dan dan singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar, ada ole-ole baru yang bakal jadi trend. Di sana ada coklat yang dibuat tidak menggunakan susu lembu, tetapi dengan susu unta. Yummy!

Coklat biasanya dicampur dengan susu lembu, tapi rupanya tidak di Qatar. Di Lapangan Terbang Doha, anda boleh membeli coklat Al Nassma, syarikat milik Emir Dubai Sheik Mohammed bin Rashid al Maktoum yang bekerja sama dengan syarikat coklat Austria.

Syarikat milik emir mempunyai ladang unta terbesar di dunia dengan 2,300 ekor unta. Sebelumnya, Al Nassma hanya menghasilkan susu unta segar, kemudian susu serbuk unta. Al Nassma kemudian menggundang dua orang pakar coklat Austria untuk mencipta dan jadilah coklat susu unta Al Nassma.

Coklat Al Nassma tampil dengan aneka rasa. Ada chocolate milk, dark chocolate dan lain-lain. Yang rasanya paling enak adalah coklat kacang macadamia campuran rasa oren. 
Susu unta pada coklat Al Nassma terasa sedikit perbezanya dengan coklat biasa yang menggunakan susu lembu. Rasanya sedikit lebih masin, namun tetap lazat.

Untuk mendapatkan coklat Al Nassma di Lapangan Terbang Doha mudah saja. Coklat bar-nya mempunyai pembungkusan berwarna coklat dan tulisan Al Nassma. Ada juga kemasan kotak praline dengan gambar unta dan tulisan Al Nassma.

Yang paling ekslusif adalah coklat berbentuk unta dengan bungkus emas dan kemasan kotak plastik telus. Tampak comel sekali untuk dijadikan ole-ole.

Selain di Lapangan Terbang Doha, Al Nassma juga mempunyai cafe di Dubai Mall. Mereka menyediakan chocolate cake susu unta, ais krim coklat dan vanila dari susu unta, susu unta coklat panas, dan aneka kopi susu unta dengan nama lucu seperti 'camel latte' dan 'camel-cino'.sumber

No comments:

Post a Comment