Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 20 November 2013

Di Tangkap Kerana Suka Mengelap Kereta Orang

Pihak polis Taiwan menerima laporan penduduk mengenai adanya kemunculan orang misteri yang gemar mengelap kereta secara sembunyi-sembunyi.Beberapa orang penduduk yang berinisiatif untuk menangkap orang misteri tersebut yang suka mengelap kereta mereka, setelah berjaya mnegetahui siapa pelakunya, mereka segera melaporkan suspek kepada pihak berkuasa. Namun, setelah sempat ditangkap dan ditahan, polis kemudian membebaskan lelaki itu.

Setelah disoal siasat, lelaki itu diketahui menderita OCD (Obsessive-Compulsive Disorder) dan terdorong untuk mengelap kereta. Selain alasan psikis,  polis memutuskan untuk melepas lelaki yang tidak disebutkan namanya itu kerana mempertimbangkan fakta bahawa membersihkan kereta tanpa pengawasan adalah perilaku yang baik dan tidak termasuk dalam tindakan jahat.

Apabila lelaki itu dibebaskan, ia segera mengeluarkan kain lapnya dan mula mengelap semua kereta peronda yang berbaris di luar pejabat polis. Para petugas yang awalnya tidak terlalu ambil kisah pada kebiasaan lelaki itu kemudian menjadi agak cemas. Untuk itu, mereka pun menyerahkan wang sebanyak 100 dolar Taiwan kepada lelaki itu dan memintanya untuk berhenti melakukan kebiasaan aneh tersebut.

No comments:

Post a Comment