Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 18 November 2013

Reaksi Warga Amerika Bila Lihat Orang Islam Solat

orang-islam-solat-1
Inilah reaksi warga NY, ketika melihat cara orang islam solat ~ Tiga anak muda muslim yang tinggal di kota New York – Adam Saleh, Sheikh Akbar dan Abdullah Ghuman yang menggelarkan diri mereka Team ASA gemar memuatnaik video berunsur islamik dan dapat memberikan pengajaran selain menghiburkan penonton di laman Youtube.
Kebanyakan hasil kerja mereka mendapat tontonan tinggi, antaranya lebih 1.8 juta dalam masa seminggu menerusi video ‘Praying In Public’.
Dalam video ini, mereka merakam reaksi orang ramai apabila melihat mereka melakukan solat sunat 2 rakaat di tempat-tempat awam sekitar New York. Menurut Team ASA, mereka mahu membuktikan bahawa orang Islam cintakan perdamaian dan ia dapat dilihat daripada cara ibadah dikerjakan.
Dalam video berdurasi 4:45 minit ini, nyata pelbagai respon dapat dilihat namun kebanyakannya menghormati apa yang dilakukan Team ASA.
Begitu pun, terdapat juga seorang lelaki menunjukkan reaksi kurang senang namun sikapnya itu ditegur seorang wanita supaya menghormati orang lain.
Rata-rata orang nampaknya pelik. Ada yang bertanya apa sedang dilakukan, tidak kurang juga cuma melihat dengan pandangan hairan.
Turut dirakam, aksi dua remaja yang jelas tidak tahu apa sedang dilakukan namun turut mengikut gerakan solat kerana menyangka ia aktiviti yoga.
Namun paling mengesankan, apabila seorang wanita yang terlalu gembira melihat Team ASA bersolat menangis sambil berkongsi kegembiraan hatinya kerana dipilih Allah Taala untuk menyedari kebenaran agama Islam. RemRamzi
Tonton video Praying In Public di bawah:

No comments:

Post a Comment