Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 23 November 2013

Wanita Buat Repot Polis Teman Lelaki Kunci Seluar Guna Mangga


Seorang lelaki berusia 40 tahun telah ditangkap kerana mengunci seluar teman wanitanya dengan menggunakan kunci mangga selama bertahun -tahun hanya supaya dia tetap setia !

Menurut CNN,  wanita Mexico 25 tahun yang tidak dikenali itu baru- baru ini telah memberitahu polis mengenai penderitaan yang di alaminya selepas dia ditinggalkan dan tidak boleh pergi ke bilik air untuk beberapa jam kerana dia tidak boleh membuka mangga pada seluar jeansnya.

Sakit yang menyeksakan mendorong wanita ini - yang tinggal di Zacatlame, Teluk Mexico Veracruz - . untuk pergi berjumpa kepada polis, Katanya, beliau terlalu takut kepada teman lelaki 40 tahun beliau untuk menggunting gelung tali pinggang yang di kunci.

Lelaki itu berjaya ditangkap dan beliau mengakui mengunci seluar teman wanitanya dan memberikan  kunci kepada polis.

Polis telah bersedia untuk memastikan dia didakwa kerana menginaya teman wanitanya tetapi terkejut apabila wanita itu enggan mendakwa teman lelaki beliau yang telah ditahan .
Polis tidak dapat berbuat apa- apa, polis terpaksa membiarkan suspek bebas selepas beberapa jam.

Pada hari berikutnya bagaimanapun , suspek itu dikenakan untuk menandatangani kenyataan berjanji untuk tidak lagi menggunakan mangga pada teman wanita atau menyalahgunakan beliau dalam apa - apa cara lain .

No comments:

Post a Comment