Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 26 February 2014

Pekerja stesen minyak PETRON Jalan Rahang mati ditikam penyamun

Seorang pekerja mati ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Bukit Emas dekat sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Aris Sulaiman, 64, mati di tempat kejadian akibat ditikam bertubi-tubi di bahagian badan.

"Mangsa sedang berada di kaunter stesen minyak itu apabila lelaki memakai helmet dan berpura-pura seperti pelanggan masuk lalu menikam mangsa bertubi-tubi di bahagian badan dengan sebilah pisau.



"Suspek kemudian mengambil wang tunai dalam mesin wang dan melarikan diri dengan sebuah motosikal. Seorang pelanggan yang sedang mengisi minyak cuba mengejar suspek, namun tidak berjaya.

"Polis turut menjumpai sebilah pisau yang disyaki digunakan di tempat kejadian. Polis akan menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di stesen minyak itu," katanya di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek sedang diburu dan kes itu disiasat di bawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment