Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 4 February 2014

Ketahui Cara Wanita Yang Sarat Mengandung Solat

Ketahui Cara Wanita Yang Sarat Mengandung Solat

Untuk wanita sarat hamil, bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dirinya. Jika mampu berdiri, lakukan seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri, duduk. Namun tetap masih terikat pada takbiratul ihram mesti berdiri.
Rukun solat yang Kedua. Rukun sembahyang yang ke dua berdiri betul pada sembahyang fardu bagi yang kuasa berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.
  • Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.
  • Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidak berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.
  • Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.
  • Sungguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.
  • Apabila seseorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.
Nota Puteri: Wallahualam. Perbetulkan jika ada yang silap ya.. Puteri kongsikan artikel ini, in shaa Allah semoga dapat membantu kita dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. In shaa Allah.
Wasallam.

No comments:

Post a Comment