
Alhamdulilah. Perniagaan adalah punca utama rezeki. Bisnes yang berjaya memerlukan skil dan kepakaran dalam banyak aspek terutamanya aspek promosi kerana teknik promosi yang hebat akan berjaya meyakinkan para pelanggan.
Dalam mempromosikan jenama, pemilihan slogan yang tepat adalah sangat penting. Slogan yang baik seharusnya ringkas tetapi berjaya memberi gambaran kelebihan yang ada pada sesuatu produk. Selain itu, slogan juga perlu mudah diingati. Antara cara meninggalkan imej mental kepada pelanggan adalah dengan mencipta slogan jenama yang lucu kerana manusia sangat tertarik dengan perkara yang menghiburkan.
Di bawah adalah senarai 5 slogan jenama yang lucu. Slogan-slogan yang digunakan ternyata berjaya membawa produk-produk ini ke satu tahap pencapaian tersendiri sehingga menjadi sangat popular seantero dunia.
Candy Crush – Game Version of Pure Cocaine

Sharpie – Turns Passed Out Person Into a Canvas

Netflix – Spend More Time Searching Than Actually Watching

Chapstick – You’ll Misplace It Before the Tube’s Empty

Pepsi – When There is No Coke

Sangat kreatif bukan? Produk di atas adalah produk-produk yang telah berjaya diperkenalkan kepada seluruh dunia. Terbuktilah penggunaan slogan sangat penting dalam mempromosikan produk. Oleh itu, kita seharusnya mengambil berat tentang slogan yang dicipta kerana ia menggambarkan identiti sesebuah produk. Nampak sahaja remeh dan kecil serta tidak penting, tetapi ternyata slogan adalah sangat berkuasa.
Wassalaam.
No comments:
Post a Comment