Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 4 February 2014

3 Cara Elak Kegemukan Sebelum Terlambat

Obesiti

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.
Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Terdapat beberapa cara untuk mencegah kegemukan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak boleh mengelakkan daripada kegemukan dan mengekalkan berat badan yang seimbang dengan cara mengawal pengambilan kalori berkhasiat pada kuantiti yang sesuai.
3 Cara Elak Kegemukan Sebelum Terlambat
1. Pastikan Diet Anda seimbang
Untuk memastikan anda mendapat kalori berkhasiat yang anda perlukan, makan makanan yang seimbang yang merangkumi pelbagai makanan yang sihat daripada kumpulan makanan asas termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, kacang, daging tanpa lemak, dan lemak penting daripada minyak yang menyihatkan. Pengambilan lemak tidak boleh melebihi 35% daripada jumlah kalori dalam diet anda, dan yang paling lemak perlu daripada minyak monotaktepu dan politaktepu daripada ikan, kacang, avokado, minyak zaitun, dan minyak kelapa dara.
2. Bersenam secara rutin
Pastikan anda melakukan senaman fizikal setiap hari, ia amat diperlukan untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan kesihatan kardiovaskular, lakukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Berjalan, berlari, berbasikal dan berenang adalah bentuk senaman yang boleh mengurangkan berat badan dan membantu kecergasan kardiovaskular. Senaman boleh membantu membakar kalori untuk menguruskan berat badan apabila dilakukan dengan betul dan teratur.
3. Dapatkan Nasihat Perubatan
Walaupun gaya hidup aktif yang menggabungkan makanan yang berkhasiat dengan senaman fizikal akan mencegah obesiti, masalah kesihatan dan tekanan emosi boleh menyebabkan obesiti bagi sesetengah orang. Nasihat daripada doktor tentang penjagaan kesihatan boleh membantu merawat masalah kesihatan dan tekanan emosi untuk mencegah obesiti.

No comments:

Post a Comment