Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 3 February 2014

Mitos Palsu Tentang Pemakaian Coli Ketika Tidur Yang Perlu Diketahui Sumber: Mitos Palsu Tentang Pemakaian Coli Ketika Tidur Yang Perlu Diketahui

Mitos Palsu Tentang Pemakaian Coli Ketika Tidur Yang Perlu Diketahui. Kesan Pakai Bra Semasa Tidur, Pemakaian coli semasa tidur Penyebab kanser payudara

Tadi terbaca pula satu lagi artikel berkenaan pemakaian wanita ketika tidur malam yang bertajuk Mitos Palsu Tentang Pemakaian Coli Ketika Tidur. Fuh!! nampaknya ada kaitan dengan artikel yang Dr Fuh kongsikan sebelum ni. Admin sendiri pon tak tahu yang mana satu yang betul.
 Jom kta baca!
Pemakaian coli semasa tidur merupakan salah satu mitos yang popular. Kaum wanita telah menggunakan coli selama berabad lamanya untuk memberikan sokongan pada bahagian payudara. Namun, pemakaian coli ke tempat tidur telah membuatkan khabar angin tersebar bahawa ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan meratakan dada anda. Di sini, kami akan membongkarkan empat mitos berkaitan pemakaian coli semasa tidur seperti berikut:
Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab kanser payudara?
Tidak, mengikut kata seorang pakar bedah payudara. Coli yang mempunyai besi tidak menyebabkan atau meningkatkan risiko kanser payudara. Khabar angin ini bermula pada tahun 1995 di mana seorang pengarang yang menulis sebuah buku bertajuk ‘Dressed to Kill’ telah mendakwa bahawa wanita yang memakai coli ketat setiap hari terutamanya yang mempunyai besi lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang semulajadi. Malahan, dia turut mengatakan bahawa perkara ini turut mengecutkan sistem limpa yang mana berfungsi untuk menyingkirkan toksin daripada badan, namun coli memerangkap toksin dalam tisu payudara lantas menyebabkan kanser payudara terjadi. Namun begitu, tidak ada bukti saintifik untuk menyokong teori ini.
Pemakaian coli semasa tidur: Memastikan payudara anda lebih baik?
Malangnya, tidak ada bukti nyata bahawa payudara anda kelihatan lebih baik jika memakai coli pada waktu malam. Rahsia sebenar untuk dada kelihatan lebih baik adalah dengan memakai saiz coli yang betul. Pakar mengatakan bahawa kebanyakan wanita memakai coli yang tidak memberikan cukup sokongan serta menyumbang kepada ketidakselesaan. Setiap wanita perlu mendapatkan ‘fitting’ coli profesional sekali setahun.
Pemakaian coli semasa tidur: Meratakan bahagian dada anda?
Ini merupakan mitos yang paling popular di kalangan gadis remaja, tetapi tiada kebenaran yang tepat tentangnya. Jika mahukan dada yang rata, anda hanya perlu memakai korset yang ketat sehingga tidak membenarkan anda bernafas. Namun, pakar juga menasihatkan bahawa tidak perlu memakai coli semasa tidur jika ia memberikan ketidakselesaan pada anda.
Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab payudara kendur?
Sebenarnya, kehamilan, penyusuan dan penuaan yang merupakan penyumbang kepada payudara kendur, bukan coli. Perbuatan memakai coli lebih dari 8 hingga 12 jam sehari akan melemahkan tisu payudara lantas mengendurkannya dan ini tidak benar sama sekali. Coli merupakan kawan kepada kaum wanita, bukan musuh.
So kepada wanita diluar sana, korang baca dan korang kaji lah sendiri yang mana betul dan yang mana tidak betul. Cuba tanya pada pakar sebab perkara ini bukan perkara main-main, perkara ini melibatkan kesihatan badan.

No comments:

Post a Comment