Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 1 February 2014

10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah

michael jackson

Dadah asalnya bahan yang digunakan sebagai bahan tahan sakit yang digunakan dalam dunia perubatan. Namun, dadah kini sudah sinonim dengan penyalahgunaan yang sudah diketahui umum sangat berbahaya dan telah meragut jutaan nyawa manusia.
Kamu mesti pernah mendengar banyak kisah selebriti Barat yang telah meninggal dunia akibat daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol ataupun penggunaan yang berlebihan.
Di bawah adalah senarai 10 selebriti yang mati akibat daripada penyalahgunaan dadah termasuklah bintang filem, pemuzik, dan artis,
Michael Jackson
michael jackson 400x300 300x225 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Dia digelar Raja Pop. Michael Jackson yang dikatakan sudah mengubah dunia dengan gerak tarinya, seorang penyanyi yang sudah memecahkan dan mencipta rekod dalam karier muziknya, mati akibat daripada penggunaan dadah yang berlebihan. Namun begitu, doktornya telah ditangkap selepas siasatan dilakukan dan terdapat kemungkinan yang kematiannya adalah sebuah pembunuhan.
Amy Winehouse
 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Amy Winehouse, seorang penyanyi yang dikatakan cukup hebat dan sudah memenangi banyak anugerah, mati di apartmennya akibat daripada pengambilan alkohol berlebihan. Semasa kematiannya, kandungan alkohol dalam darahnya adalah lima kali ganda daripada had alkohol yang dibenarkan semasa memandu.
Heath Ledger
heath ledger 400x250 300x187 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
‘Dan saya fikir lawak saya adalah teruk’. Pelakon yang telah memukau dunia dengan lakonannya dalam filem The Dark Knight ini mati akibat daripada penggunaan dadah yang berlebihan. Dipercayai yang dia terlalu terpengaruh dengan lakonannya sehingga tidak dapat mengawal penggunaan dadah tersebut.
Jimi Hendrix
jimi hendrix 400x300 300x225 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Jimi Hendrix sangat terkenal sebagai salah seorang pemain gitar elektrik terhebat di dunia. Dia juga terkenal dengan penggunaan dadah yang telah meragut nyawanya pada 18 September 1970.
Jim Morrison
jim morrison 400x265 300x198 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Jim Morrison adalah penyanyi utama dalam band The Doors. Dia mati akibat serangan sakit jantung pada usia 27 tahun disebabkan penggunaan Heroin secara berlebihan yang tidak disengajakan.
Elvis Presley
elvis presley 400x300 300x225 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Elvis Presley sememangnya adalah salah seorang daripada penyanyi popular yang terhebat di dunia pada zamannya. Malangnya, kematiannya adalah disebabkan penggunaan dadah.
Anna Nicole Smith
smith anna nicole 400x311 300x233 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Smith Anna Nicole adalah seorang pelakon dan juga model bagi majalah Playboy. Anna ditemui mati pada 8 Februari 2007 akibat daripada penggunaan alkohol dan dadah berlebihan.
Brittany Murphy
brittany murphy 400x250 300x187 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Pelakon Amerika yang membintangi filem 8 Mile, Girl Interrupted dan Clueless ini ditemui jatuh di dalam bilik mandi pada 20 Disember 2009. Penyebab kepada kematiannya adalah pneumonia dan beberapa keracunan akibat dadah.
Marilyn Monroe
Marilyn Monroe 400x300 300x225 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Pelakon wanita yang membintangi filem seperti How To Marry A Millionaire dan Some Like It Hot ini dikatakan telah membunuh diri  dengan menggunakan dadah secara berlebihan. Penyebab kepada penyakit yang dialaminya dikatakan adalah pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidupnya.
River Phoenix
River Phoenix 400x300 300x225 10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah
Seorang pelakon lelaki yang membintangi filem-filem hebat seperti Stand By Me, Little Nikit dan The Thing Called Love dan banyak lagi. River Phoenix mati akibat penggunaan kokain dan heroin pada umur 23
Terlalu ramai manusia yang popular yang kita anggap sangat hebat kehidupan mereka ini terlibat dalam permasalahan sehingga  ini sedang peminat mereka termimpi-mimpi untuk mengalami kehidupan seperti mereka. Mahukah peminat ini juga meninggalkan dunia ini dengan cara yang sama? Renung-renungkanlah.
Wassalaam.

No comments:

Post a Comment