Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 4 February 2014

5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja

Vharro Dior Natalie Portman, Bintang Remaja Paling Berjaya

Korang pernah tak terfikir nak jadi artis masa kecik-kecik? Mesti pernah bukan? Siapalah tak tertarik dengan kehebatan seorang artis yang dipertontonkan di kaca televisyen itu. Tambah-tambah budak kecik yang tak tahu apa-apa.
Teacher Muja pun pernah bermimpi untuk menjadi artis tahu. Jangan gelak. Hahaha. Bila dah besar, baru sedar yang kehidupan mereka tidaklah seindah yang disangka. Bila dah besar baru nampak buruk baik sesuatu. Ada yang panas sekejap, lepas tu terus tidak tahu pergi ke mana. Ada juga yang bernasib baik. Dari zaman remaja mereka sudah berjaya untuk mencipta nama. Siapa mereka? Jom kita tengok. icon smile 5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja
1. Natalie Portman
miss dior natalie portman 300x163 5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja
Natalie Portman telah mendapat peranan utama dalam filem pertamanya pada tahun 1994. Dia hanyalah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun semasa dia berlakon dalam filem The Professional . Biarpun dia telah menangguhkan kerjayanya untuk menyambung pelajaran dalam bidang psikologi di Harvard, dia berjaya membuat come back dan memenangi anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Black Swan (2011)
2. Christian Bale
Christian Bale 2013 300x225 5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja
Karier Bale boleh dikatakan bermula dengan filem Spielberg, Empire of the Sun. Semenjak membawakan watak tersebut pada tahun 1987, Bale telah mengetuai filem musikal, menghasilkan transformasi dramatic dalam filem-filemnya dan mencipta nama untuk dirinya sendiri sebagai Batman untuk generasi kita. Tidak dilupakan juga anugerah Oscar yang dimenanginya.
3. Emma Watson
Emma Watson Beautiful Wallpaper HD 300x187 5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja
Membesar sebagai Hermoine, salah satu watak utama dalam filem jutaan dollar adalah perkara yang tidak mudah baginya. Setelah 10 tahun bersama dengan Harry Potter, Emma Watson telah bangkit menempuhi cabaran dan berjaya berubah kepada seorang pelakon wanita dewasa dengan pelbagai projek filem yang pelbagai- The Perks of Being a Wallflower, The Bling Ring, This is the End.
4. Leonardo DiCaprio
Leonardo Dicaprio 300x199 5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja
Dia hanya berusia 16 tahu ketika pertama kali muncul di kaca televisyen dan pada 1993, pelakon filem This Boy’s Life- DiCaprio ini sudah jelas berjaya dalam bidang yang diceburinya. Dia telah berjaya mengubah dirinya daripada seorang budak lelaki kepada lelaki yang membuatkan hati berdegup kencang dalam Romeo + Juliet, dan telah sekali lagi mencipta kisah cinta yang hebat dalam filem Titanic (1997). Dia bukanlah seorang pelakon yang selalu muncul di tabloid, tetapi masih mampu melakonkan watak utama dalam Blood Diamond, Catch Me If You Can dan telah mencipta brandnya yang tersendiri sebagai pelakon lelaki yang hebat dalam Inception.
5. Justin Timberlake
justin timberlake 20132 300x168 5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja
Dari All New Mickey Mouse Club hinggalah ke band lelaki tarian pop *NSYNC, Justin Timberlake adalah seorang yang pakar dalam tarian dan nyanyian daripada zaman remajanya. Semenjak band itu menurun, Timberlake tetap meneruskan usahanya dalam membuktikan kehebatan dirinya dalam Friends With Benefits, Sexy Black dan Futuresex/Lovesounds.
Hebat bukan? Walaupun kita melihat mereka sangat berjaya dalam hidup mereka, kita perlu tahu yang banyak sisi lain dalam hidup mereka sebelum mencapai kejayaan ini. Semestinya kerja keras dan keazaman yang sangat tinggi diperlukan untuk berjaya di Holywood, satu tempat di mana persaingannya sangat sengit dan hanya yang betul-betul layak mampu membawa diri dalam arus populariti di sana.

No comments:

Post a Comment