Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 26 February 2014

SWM didenda RM5,000 buang kotoran ke pantai Port Dickson

SWM Environment Sdn Bhd (SWM) dikenakan penalti berikutan insiden pekerjanya membuang kotoran dari jentera Ultra Whack Vacuum Cleaner ke dalam laut, Rabu lalu.

Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, SWM dikenakan penalti sebanyak RM5,000.

“PPSPPA juga membuka kertas siasatan untuk melengkapkan bukti yang diperlukan bagi tujuan tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Ab Rahim berkata, pihaknya kesal atas sikap tidak bertanggungjawab dilakukan oleh pihak SWM yang merupakan syarikat konsesi di bawah seliaan PPSPPA.



“Tindakan tersebut nyata menyalahi prosedur operasi merujuk kepada kesalahan Primary (P4) pembersihan awam iaitu pembuangan sisa pepejal atau air sampah di lokasi yang dipersetujui di dalam lokasi zon pembersihan tertentu,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, sekeping gambar menunjukkan jentera milik SWM, Ultra Whack Vacuum Cleaner didapati membuang sisa sedutan pembersihan longkang yang bercampur dengan sisa air longkang ke dalam laut dan gambar berkenaan tersebar di media sosial.

SWM dalam kenyataannya juga mengakui kesalahan tersebut dilakukan pekerjanya dan sudah mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerjanya itu.

SWM juga memohon maaf kepada orang ramai terhadap insiden ini yang mengundang ketidaksenangan hati dan pandangan negatif masyarakat.

No comments:

Post a Comment