Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 4 February 2014

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan. Anda tidak boleh melakukan 8 perkara ini selepas makan kerana ianya akan memberi kesan buruk kepada anda

Seperti yang kita ketahui, makan adalah perkara paling penting untuk kita terus hidup. Tanpa makan dan minum tak mungkin kita dapat hidup. Namun demikian, makan juga boleh menyebabkan penyakit sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kita. Admin rasa kebanyakan dari kita sudah kenal mana makanan sihat dan mana makanan yang tidak sihat. Tetapi ada beberapa perkara yang mungkin anda tidak ketahui tentang perkara-perkara yang perlu dielakkan selepas makan. Maksudnya, anda tidak boleh melakukan 8 perkara ini selepas makan kerana ianya akan memberi kesan buruk kepada anda.

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

1. MAKAN BUAH – menyebabkan perut kembung. Digalakkan makan buah 1-2 jam selepas atau 1 jam sebelum makan.
2. MINUM TEH – daun teh mengandungi kandungan asid yang menyebabkan kandungan protein dalam makanan sukar dihadam.
3. MINUM AIS – meminum ais sebelum, semasa, dan selepas makan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk membekukan makanan berminyak yang dimakan.
4. MEROKOK – kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama dengan menghisap 10 batang rokok, menyebabkan risiko penyakit lebih tinggi.
5. BANYAK BERJALAN – menyebabkan kesukaran sistem penghadaman menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil.
6. MELONGGAR TALI PINGGANG – melonggar tali pinggang secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat.
7. MANDI – menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan jumlah darah sekitar perut berkurangan. Ia melemahkan sistem percernaan dan boleh membuat jadi buncit.
8. TIDUR – boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mengundang gastrik kerana penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

No comments:

Post a Comment