Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 2 February 2014

10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia

kolam renang mewah, kolam renang cantik, kolam renang indah

Berenang adalah satu cara bersenam yang sangat baik dan cara meluangkan masa yang sangat bagus tetapi apabila kita berbicara tentang kemewahan, berenang menjadi sesuatu yang menjadi sumber kegembiraan dan ketenangan. Teacher Muja agak yakin yang semua pembaca pernah melihat kolam renang yang banyak ada di bandar-bandar tetapi kolam renang paling mewah di dunia ini akan menjadi sesuatu yang baru yang sangat menakjubkan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Di bawah adalah senarai 10 kolam renang paling mewah di dunia. Jika ada dalam kalangan pembaca yang suka dan cintakan aktiviti berenang dan dalam perancangan untuk pergi bercuti, mungkin senarai di bawah dapat membantu kalian memilih tempat yang paling sesuai. Kalaulah admin pandai berenang, boleh juga berangan-angan berenang di kolam renang mewah ini.
1. Kolam Renang Mewah Burj Al Arab di Dubai
Kolam renang Burj al arab dubai 300x225 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Sudah semestinya, bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia ini mempunyai sebuah kolam renang yang sangat mewah. Ia adalah sebuah kolam renang yang sangat menakjubkan. Kolam renang dengan sentuhan Arab akan mengingatkan kita tentang Burj Dubai.
2. Kolam Renang Mewah Four Seasons di Costa Rica
kolam renang mewah di four Seasons costa rica 300x205 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Berenang di kolam renang Four Seasons ini akan membuatkan kita percaya yang kita sedang berenang di dalam laut yang sememangnya berdekatan dengan kolam renang mewah ini. Pemandangan yang indah dengan kolam renang yang indah.
3. Kolam Renang Mewah San Alfonso del Mar Di Chile
kolam renang mewah di San Alfonso del Mar 300x177 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Nikmatilah pengalaman berenang yang tiada bandingannya di kolam renang mewah di Chile ini. Pemandangan yang sangat memukau dengan bangunan yang menarik serta laut yang indah. Hebat sungguh!
4. Kolam Renang Mewah Mandarin Oriental di New York
Mandarin Oriental 400x267 300x200 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Kolam renang ‘indoor’ yang sangat cantik dan sempurna dengan pemandangan yang indah dapat dilihat daripada jendela kaca. Terletak di tengah-tengah bangunan membuatkannya tampil lebih menggoda. Tergoda tak? Hehehe.
5. Kolam Renang Mewah Blue Lagoon Geothermal Resor di Grindavik, Iceland.
Blue Lagoon Geothermal Resort 400x263 300x197 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Bagi Teacher Muja, kolam renang mewah ini paling unik dan menarik dalam senarai ini. Rasanya pemandangan di atas tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cuba renung padanya dan bayangkan kamu tengah berenang di dalamnya. Hebat tak rasanya?icon smile 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
6. Kolam Renang Mewah Hotel Villa Mahal di Turkey
Hotel Villa Mahal in Turkey 400x300 300x225 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Wah, nama hotelnya yang ‘mahal’ sudah mampu menggambarkan keindahan yang ada padanya. Kolam renang mewah ini terletak pada ketinggian yang lebih tinggi daripada laut berdekatan. Kita boleh berdiri di dalam kolam renang mewah itu untuk seketika dan lihat betapa indahnya alam ciptaan Allah ini.
7. Kolam Renang Mewah Perivolas Luxury Hotel di Santorini.
Perivolas 400x202 300x151 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Kolam renang mewah di Perivolas ini adalah sebuah lagi kolam renang mewah yang terletak berhampiran laut. Berenang di dalam kolam renang ini pastinya akan membuatkan kita bahagia dan teruja.
8. Kolam Renang Mewah Golden Nugget di Las Vegas
<img class="alignnone size-medium wp-image-9447" alt="kolam renang mewah, kolam renang cantik, kolam renang indah” src=”http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/11/kolam-renang-mewah-Golden-Nugget-Las-Vegas-300×142.jpg” width=”300″ height=”142″ />
Apabila bercakap tentang Las Vegas, menakjubkan adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya kerana kolam renang mewahnya memang menakjubkan!
9. Kolam Renang Mewah Crown Towers Hotel di Taipa Island Macau
kolam renang mewah Crown Towers Hotel Pool 300x199 10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia
Masya Allah. Indah sungguh kolam renang mewah di Crown Towers Hotel ni. Pastinya kita akan melupakan segala masalah dan kekacauan hidup jika berpeluang berenang di sini. Sungguh tenang dan mendamaikan.
10. Kolam Renang Mewah di Atlantis Resort
Inilah kolam renang mewah yang kita boleh menghabiskan masa yang lama di sana dengan hanya menikmati keindahan yang ada padanya. Subhanallah.
Sungguh indah sekali alam ciptaan Allah. Ditambah pula dengan kreativiti yang ada pada manusia, pembinaan kolam renang di atas adalah sangat menakjubkan. Namun begitu, keindahan ini tidak akan kekal kalau kita manusia tidak menjaganya. Jom kita ucapkan Subhanallah. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment