Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 1 February 2014

Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat Cantik

Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja

Shirakawa-go adalah sebuah desa pergunungan yang terletak di tengah lembah pergunungan Ryohaku, dimana bersempadan dengan Wilayah Ishikawa..

Pada zaman dahulu Shirakawa-go merupakan kawasan yang terpencil, kerana lokasinya dikelilingi pergunungan dan sukar untuk sampai. Pada musim sejuk, akses jalan menuju daerah ini tertutup salji dengan ketebalan hingga 5 meter.
Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja2 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja3 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat Cantik
Namun kini, akses jalan menjadi lebih mudah dengan dibangunnya jalan tol atau highway yang menghubungkan Shirakawa-go dengan bandar-bandar di sekitarnya. Jalan menuju daerah ini melewati pergunungan, namun jalan tidak dibuat mengitari gunung melainkan dibuat menembusi gunung. Gunung-gunung dipecahkan dan dibuat terowong untuk jalan raya. Di antara pergunungan mengalir sungai Sho yang menuju ke utara bandar Nanto, Wilayah Toyama. Di sepanjang sungai terdapat beberapa kawasan rata, dan penempatan tersebar di sisinya.
Desa Ogimachi adalah desa terbesar di daerah Shirakawa-go dan dengan rumah tradisional paling banyak. Desa bersejarah Shirakawa-go merupakan contoh luar biasa kawasan penempatan manusia yang menyatu dengan alam sekitar. Dahulu Shirakawa-go adalah sebahagian dari wilayah puak Takayama pada awal tarikh Edo, tetapi pada abad ke-17 hingga pemulihan Meiji tahun 1868 kawasan ini berada di bawah kawalan dari Bakufu Edo (pemerintahan tentera).
Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja4 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja5 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja6 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat Cantik
Shirakawa-go adalah wilayah dengan hujan salji bercurah tinggi pada musim sejuk, dan kerana iklim ini Gassho-zukuri (rumah tradisional) diciptakan. Kampung-kampung dengan rumah bergaya Gassho-zukuri di Jepun saat ini merupakan tapak warisan dunia yang ditetapkan oleh UNESCO. Setelah menjadi tapak warisan dunia UNESCO, daerah ini berkembang sebagai tempat pelancongan popular di Jepun. Dengan meningkatnya para pelancong yang datang ke kampung ini, keadaan perekonomi desa juga meningkat.
Namun keadaan ini membawa kesan sosial seperti penduduk di kampung yang dahulu bekerja di pertanian kini banyak yang beralih untuk membuka kedai-kedai souvenir dan mengendalikan tempat letak. Keadaan ini telah menjadi kebimbangan bahawa perubahan pola masyarakat akan melunturkan pesona kesederhanaan dan tradisi khas Jepun.
Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja7 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja8 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja9 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja10 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja11 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat CantikKeindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja12 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat Cantik
Sumber: Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat Cantik | Fuh.My 

No comments:

Post a Comment