Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia

10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
Pernahkan anda menginap di bilik hotel yang diperbuat daripada bahan-bahan selain batu bata atau kayu?? Jika pernah, anda boleh berkongsi bersama kami di ruangan komen. Kali ini kami memaparkan 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia yang diperbuat dari bahan seperti pasir, kontena dan lain-lain.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
1. Kad Kunci
Percaya atau tidak bangunan hotel yang berwarna hijau ini dibuat dari 200 ribu kad Kunci. Setiap dinding dan ruangan, bahkan tandas di Hotel Holiday Inn Key Card New York ini benar-benar dibuat dari kad kunci. Hotel unik ini direka oleh Bryan Berg, dan atas kreativitinya dia diberikan penghargaan kerana telah memecahkan rekod dunia.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 2 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
2. Kontena
Tonghe Shanzi Landscape Design Company telah membuat sebuah hotel bintang lima Xiang Xiang Xiang Pray House yang keseluruhan gedungnya dibuat dari kontena. Dari kejauhan, hotel ini terlihat seperti kampung kontena. Walaupun begitu, kontena-kontena tersebut direka dengan unik dan penuh warna.Di hotel kontena ini terdapat 21 bilik. Hotel ini berada di sisi bukit Changski, China membuatkan pengunjung yang menginap di sana merasa nyaman. Selain itu, biliknya dihias dengan hiasan tradisional yang digabungkan dengan hiasan moden.
Uniknya hotel ini boleh dipindahkan dari satu bandar ke bandar yang lain. Jadi, ia merupakan hotel mudah alih.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 3 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
3. Coklat
Perka fesyen ternama Karl Lagerfeld telah mereka sebuah hotel yang secara keseluruhannya diperbuat dari coklat. Pereka yang unik ini membina “The Magnum Chocolate Hotel Suite” untuk meraikan aiskrim Magnum Ekuador dan Ghana yang diperbuat khas dari biji cokelat dari Perikatan Hutan Hujan yang disahkan di Ekuador dan Ghana. Dengan menggunakan 10.5 ton coklat, Karl sertakan juga patung model lelaki Perancis, sebagai inspirasi Karl, Baptise Giabiconi. Mengoda jek patung coklat tue kan..
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 4 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
4. Bahan Galian dari alam
Terletak di dekat sungai Orel, 18 batu jauhnya dari Bandar Dnepropertrovsk, Ukraine, terdapat sebuah hotel yang diberi nama Friend Hotel. Lokasinya yang berada di tengah hutan hijau ini direka dengan bahan galian dari alam sepenuhnya seperti tanah liat, kayu, dan batu kali. Sebelum mendirikan hotel ini, Ryntovt Design melakukan analisis ekologi berkaitan sumber kuasa alam dan penggunaan tenaga di kawasan tersebut. Reka bentuk dalamannya sangat bersatu dengan alam. Warna-warna yang digunakan pun boleh dilihat sangat berkonsepkan alam.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 5 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
5. Paip Binaan
Direka oleh t3arc, Bilik-bilik yang ada di TuboHotel, Meksiko ini dibina dari paip binaan. Setiap sebuah bilik boleh menampung tempat tidur queen size yang muat untuk dua orang dengan pemandangan indah alam Sierra del Tepozteco, Mexico. Hotel ini dibuat dengan tujuan untuk menyediakan hotel yang dapat dibangun dengan cepat dan juga mempunyai kenyamanan.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 6 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
6. Gerabak Keretapi
Hotel yang bernama Controversy Inn ini diperbuat dari empat gerabak keretapi yang direka sedemikian untuk kelihatan menarik.Bilik-bilik di dalamnya mempunyai konsep tersendiri dan juga ada ruangan khusus untuk sarapan. Hotel ini terletak di sebuah ladang di Hoogwoud, Belanda. Tempat yang menarik ini dilengkapi dengan pelbagai hiasan vintage dan hiasan dari bahan kitar semula.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 7 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
7. Pasir Pantai
Hotel ini mempunyai elemen lengkap untuk membuat pengunjung merasa kagum dan selesa. Saat menginap di saini, pengunjung boleh merasakan kesinambungan sinar cahaya matahari, pasir, dan juga pantai. Tiada yang dapat mengalahkan aroma laut seperti yang ada di hotel Weymouth, Dorset, Inggeris yang keseluruhnya diperbuat dari pasir pantai. Salah satu biliknya dilengkapi dengan bilik tidur double dan single sertajendelanya yang menghadap ke laut. Kos penginapannya hanya USD 21 satu malam ditemani bintang bergemilapan di angkasa. Selain itu, kemudahan yang paling utama adalah pengunjung boleh dibangunkan oleh air laut pasang yang mengetuk pintu bilik anda.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 8 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
8. Garam
Palacio de Sal (bahasa Spanyol untuk “Istana Pasir”) ini benar-benar diperbuat dari blok garam. Hotel unik ini terletak di pinggiran Salar de Uyuni, di dataran garam terluas di dunia yang luasnya mencapai 350 kilometer melipuati selatan ibu kota Bolivia, La Paz.
Dinding hotel ini diperbuat dengan menempelkan blok garam dengan bahan pelekat serupa simen yang juga dibuat dari garam dan air. Selama musim hujan, temboknya terus dilapisi dengan blok baru. Peraturan penting yang ada pada hotel ini adalah para pengunjung dilarang keras menjilat temboknya.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 9 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
9. Caravan
Sekumpulan warga Berlin membuat projek untuk memudahkan acara kemping di bawah atap rumah. Untuk mewujudkannya, mereka membaik pulih kilang lama Neukolln, dan mengubahsuainya seperti hotel dengan meletakkan karavan dan kereta.
Hotel satu ini bernama Called Hutten Palast, yang dapat diertikan “Caravan Palace”. Pengunjung dapat tidur di dalamnya seperti berkhemah di dalam hutan tapi masih didalam bangunan. Untuk kemudahan pengunjung, hotel ini dilengkapi taman dan restoran.
10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia 10 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia
10. Drum Anggur
Pernah tidur dengan segelas anggur di sampingmu? Mungkin pernah. Tapi kalau tidur di dalam drum anggur? Hotel De Vrouwe van Stavoren di Belanda ini mengubah 4 drum anggur raksasa dari Switzerland menjadi bilik hotel. Hotel ini sebelumnya berisi 14,500 liter anggur Beaujolais dari perkebunan Perancis. Setiap bilik boleh memuatkan dua orang dan dilengkapi kamar mandi dan meja kecil. Pengunjung dari seluruh dunia telah berkunjung ke kota pelabuan Stavoren ini hanya untuk menginap di hotel tersebut.
P/S: Menarik bukan.. mau jek merasa tdur lam hotel-hotel kat atas nih.. tapi jauh.. kat Malaysia ade ke ek?? icon razz 10 Bilik Hotel Yang Terunik Di Dunia

No comments:

Post a Comment