Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 23 December 2013

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit
 1530  0  0 Digg0 Google +1

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit | “Bukan sakit bersalin yang saya takutkan. Tapi saya serik dengan keadaan dan situasi sepanjang proses kelahiran. Tambah lagi jika datang doktor bersama pelajar-pelajar perubatan lelaki. Seorang demi seorang melihat dan pegang bahagian ####### saya… kata mereka nak tahu ‘bukaan’ rahim berapa…”
Luahan di atas adalah antara suara pesakit yang selalu dilontar ke blog penulis. Pengalaman penulis di hospital juga sedikit sebanyak membenarkan kegusaran sedemikian. Ditambah lagi dengan kesedaran beragama yang semakin baik di kalangan Muslim Malaysia, maka isu aurat wanita semasa mendapatkan rawatan menjadi sensitiviti dan hak yang semakin perlu diberi perhatian samada oleh pesakit, perawat mahupun pihak pemerintah.
Hukum Aurat Pesakit
Sebagaimana Muslim keseluruhannya wajib menutup aurat di hadapan bukan mahram, tidak boleh memandang, bersentuhan apatah lagi berkhalwat dengan insan berlawanan jantina, maka hukum yang sama juga ditaklifkan kepada perawat dan pesakit berlainan jantina.
Hukum ini jelas di dalam Surah An-Nur (30-31) agar kedua-dua Mukmin dan Mukminat menundukkan pandangan, menjaga kemaluan dan tidak mendedahkan badan mereka kecuali kepada yang berhak.
Dalam hal ini juga, kebanyakan fatwa ulamak tidak mengharuskan pesakit dirawat perawat berlainan jantina sedari awal lagi atas alasan menutup ruang maksiat, mengelak fitnah di samping menjaga maruah dan sifat malu wanita,. Mereka juga menggesa perawat agar mahir dalam merawat pesakit sama jantina semata-mata. Justeru, hukum asal melihat aurat pesakit berlainan jantina adalah haram sama sekali.
Darurat Melihat Aurat Pesakit
Bagaimanapun hukum asal di atas tertakluk kepada keadaan biasa sahaja. Apabila berlaku keperluan luar biasa iaitu darurat, maka hukum asal itu akan terangkat mengikut satu Kaedah Fiqh “ad-Dharurah Tubihu al-Mahzurat” atau ‘Darurat Mengharuskan yang Terlarang’.
Antara darurat utama adalah untuk memelihara nyawa, seperti digariskan dalam prinsip Maqasid Syariyyah. Dalam kes kecemasan nyawa seperti kebakaran, lemas, kemalangan, serangan jantung, tercekik, sawan, nazak, proses kelahiran luar biasa seperti pembedahan, shoulder dystocia, tumpah darah dan lain-lain seerti dengannya, maka soal Ihtilat dan aurat tidak wujud. Malah menjadi kewajipan doktor yang layak yang berada berdekatan tanpa mengira beza jantina untuk merawat. Dan pesakit yang menolak rawatan sehingga dia mati dianggap berdosa seperti membunuh diri.
Kadar Darurat
Walaupun begitu, keharusan perawat melihat atau pesakit mendedahkan aurat seperti telah dinyatakan tertakluk pula kepada satu Kaedah Fiqh seterusnya iaitu “ad-Dharurah Tuqaddar bi Qadariha” atau ‘Darurat itu Mengikut Kadar Keperluannya’. Jika ada bahagian aurat yang perlu didedahkan, maka cukuplah setakat yang perlu untuk prosedur itu tanpa melampaui bahagian badan lain. Justeru kadar darurat ini akan berubah mengikut keberadaan (availability), capaian (accessibility) dan had (limitation) bentuk perawatan, kepakaran, logistik dan bilangan doktor Muslim yang ada.
Dari segi perawatan, ada prosedur yang bersifat pemeriksaan, penyiasatan, penyelidikan mahupun terapeutik (penyembuhan). Contohnya ujian Pap Smear adalah penyiasatan rutin semata-mata, bukannya langkah terapeutik untuk menyelamatkan nyawa ketika terdesak. Dalam hal ini, pesakit masih mempunyai ruang untuk meminta doktor wanita atau mencari klinik lain bagi mengelak diperiksa doktor lelaki.
Namun begitu, ada perkara yang memerlukan doktor pakar tertentu untuk memeriksanya. Contoh mudah adalah apabila penyakit telinga yang memerlukan pakar ENT memeriksa dengan rapi. Begitu juga pembendahan barah payudara yang memerlukan pakar bedah. Umum mengetahui tidak semua tempat mempunyai doktor pakar perempuan.
Maka, mendapatkan rawatan di bawah doktor pakar lelaki dikira darurat akibat kurangnya Muslimah yang pakar dan masalah logistik untuk ke tempat yang lebih jauh. Hal ini bukanlah suatu yang pelik dan telah berlaku sejak zaman Nabi s.a.w lagi di mana Sahabiyah wanita seperti Umm `Atiyah, Umm Sulaym dan ar-Rabi’ binti Muawwath r.a. menjadi jururawat merawat Sahabat berlainan jantina yang cedera semasa perang, lantaran kebanyakan Sahabat lelaki memenuhi tanggungjawab jihad di barisan depan medan tempur.
Situasi semasa juga menyumbang kepada keadaan darurat apabila tidak ramai doktor wanita dihasilkan dalam bidang tertentu. Contoh jelas ialah apabila pakar sakit puan dilihat ramai lelaki. Perlu dimaklumi bahawa hal ini berlaku akibat peluang Muslimah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sekitar lebih 20 tahun dahulu amat terhad dan fakulti perubatan tempatan masa itu hanya ada 3 buah. Namun masalah ini semakin baik seiring dengan bertambahnya peluang buat Muslimah hari ini. Dalam darurat sebegini, Majma’ Fiqh Islami telah memberi panduan untuk pesakit wanita dalam memilih perawat; yang utamanya mencari perawat Muslimah, dan jika tidak ada diikuti perawat wanita non-Muslim, seterusnya perawat lelaki Muslim, dan akhir sekali perawat lelaki non-Muslim.
Tanggungjawab Pesakit
Selain yang disebutkan di atas, pesakit juga perlu maklum hak autonomi mereka ketika mendapatkan rawatan, iaitu mereka berhak memilih atau menolak bentuk rawatan dan perawat tertentu dengan syarat mereka telah diberi informasi selengkapnya. Namun dalam kes kecemasan dan terhad perawat yang layak, mereka harus terima seadanya. Di samping meminta hak mereka agar dihormati, mereka juga harus faham limitasi sistem kesihatan yang ada buat masa ini.
Mereka harus memainkan peranan agar hak dan sensitiviti mereka berkenaan aurat ini sentiasa dimaklumi pihak perawat dan juga autoriti yang bertanggungjawab menyediakan khidmat perubatan. Mereka boleh bertindak sebagai pendesak (public pressure group) agar aurat mereka terjaga semasa mendapatkan rawatan melalui advokasi di saluran media, NGO atau Lembaga Pelawat Hospital. Hasilnya dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah perawat Muslim yang prihatin di peringkat kementerian dan hospital. Ada antara mereka yang menubuhkan Hospital Islam atau hospital khusus wanita yang menerapkan amalan perubatan menepati Syariah. Ini semua wujud akibat kesedaran dan permintaan (demand) dari komuniti Muslim yang semakin peka di negara ini.
Namun pesakit juga harus faham bahawa keadaan ideal yang mereka idamkan tidak mampu wujud sekelip mata. Maka mereka harus berkorban buat masa ini untuk kesenangan masa depan. Sebagai contoh, mereka perlu beri kerjasama kepada pelajar perubatan Muslim yang ingin mempraktikkan kemahiran temubual, memeriksa dan melakukan prosedur ke atas mereka. Masyarakat awam juga perlu realistik terhadap desakan mereka. Contohnya, seorang suami yang kuat pegangan agama bertegas mahukan hanya doktor atau bidan perempuan mengurus isterinya yang bersalin tengah malam, namun dalam masa sama dia pula menghalang isteri atau anak perempuannya dari menceburi bidang perubatan atas alasan agama berpendapat perempuan lebih baik di rumah. Pendirian yang kontradik ini tidak membantu menyumbang kepada sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit Muslimah.
Tanggungjawab Perawat
Walaupun diakui bahawa kod etika perubatan global menetapkan perbezaan jantina tidak harus menjadi halangan untuk doktor menjalankan tugasnya kepada pesakit, namun menjadi tanggungjawab doktor Muslim mengamalkan tuntutan agamanya demi kemaslahatan pesakit. Sebagai contoh, pesakit perempuan yang koma tiada tanggungjawab dan tidak mampu menutup aurat sendirinya, justeru doktor atau jururawat yang peka boleh melindungi auratnya dengan sesuatu dan menutup dengan tabir atau langsir penghadang dari orang yang lalu lalang.
Begitu juga apabila terpaksa memeriksa bahagian sulit pesakit lain jantina, hendaklah dibawa pengiring ketiga (chaperon) dari ahli keluarga atau staf. Jika ia pemeriksaan rutin tanpa dibuka aurat, harus juga dibawa chaperon atau berada di tempat terbuka demi mengelakkan suasana syak, khalwat dan fitnah. Maruah (modesty) pesakit dan rahsia (confidentiality) mereka juga harus dijaga dengan tidak mendedahkan bahagian tubuh melebihi keperluan. Saranan-saranan ini sebenarnya telah sedia termaktub di dalam Kod Etika Professional seorang doktor.
Sebagai kesimpulan, hukum asal melihat aurat pesakit lain jantina adalah tidak dibenarkan melainkan terdapat darurat mendesak. Perawat dan pesakit mestilah menunjukkan perasaan tidak reda di dalam hati terhadap situasi tersebut, ia hanya terpaksa direlakan akibat darurat. Darurat pula harus ditangani seadanya bergantung kepada faktor-faktor keselamatan nyawa, logistik, kemahiran dan bilangan perawat. Kedua-dua pihak pesakit dan perawat bertanggungjawab untuk menjaga aurat dan kehormatan pesakit serta berusaha mewujudkan biah sistem perkhidmatan perubatan yang lebih mesra Muslimah.
P/S: Besarnya kejadian Allah, setiap hukum yang ditetapkan pasti akan memberi kebaikan kepada semua umat manusia. Saya harap artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. icon smile Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit

No comments:

Post a Comment