Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia

Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia
Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia setakat ini. Status hebat itu dimiliki bukan setakat kerabat di raja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga.
Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia
1. Perkahwinan Seemanto dan Sushanta Roy
RM386 Juta
Ringkasnya, mahkota gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy, anak ahli perniagaan terkenal India. Perkahwinan yang bertarikh 14 February 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal di dunia dengan kos perkahwinan sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang.
Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara. Antara tetamu yang menhadiri majlis tersebut ialah seperti bintang terkenal Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai. Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.
Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia 2 Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia
2. Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Puteri Salama
RM300 Juta
Ditangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheikh Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai RM300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guiness Book of World Records dan paling mahal pada 1981.
Hebatnya perkahwinan itu bukannya di hotel atau villa mewah sebalinya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam. Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempana perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.
Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia 3 Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia
3. Vanisha Mittal dan Amit Bhatia
RM211 Juta
Hartawan India yang bermastautin di London, Lakhmi Mittal yang juga hartawan besi dan merupakan antara manusia terkaya di dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.
Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia 4 Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia
4. Putera Charles dan Puteri Diana
RM148 Juta
Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.
Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia 5 Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia
5. Andrei melnichenko dan Aleksandra Kokotovic
RM90 Juta
Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005. Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.
Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia 6 Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia
6. Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria
RM69 Juta
Satu lagi perkahwinan yang disenaraikan yang termahal, berlangsung membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun, Kanwar Singh Tanwar. Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit syiling perak sempena majlis itu.
PS: perghhhh..botak kepala klu nak wat majlis kahwin macam nih. Huhuhu.. beruntunglah kan pasangan-pasangan nih.. Ala kadar sudah.. adat tak penting pun, lakukan benda yang wajib jek.. Bersederhana lebih afdal icon smile Majlis Perkahwinan Yang Paling Mahal Di Dunia

No comments:

Post a Comment