Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 23 December 2013

7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia

7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Ramai orang-orang bertubuh kerdil sering kita lihat di dalam dunia pertunjukan seperti pertunjukan sirkus, teater dan filem-filem antarabangsa.
Begitu juga manusia-manusia kerdil yang tercatat dibawah, mereka menjadi begitu terkenal di era mereka malah sehingga sekarang. Walaupun dianugerahi kekurangan sifat fizikal seperti manusia normal tetapi mereka tidak menjadikannya sebagai alasan untuk menjadi manusia yang berjaya.
1. Edward Carl Gaedel
 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Tingginya 3 kaki 7 inci. Walau bagaimanapun, Gaedel yang biasa dipanggil Eddie ini adalah pemain baseball profesional di Amerika. Lahir di Chicago tahun 1925, sejak kecil Eddie bercita-cita menjadi seorang olahragawan.
Berkat kemahuan dan latihan keras akhirnya dia berjaya menyertai pasukan St. Louis Browns dan melakukan debutnya pada 1951. Setiap kali turun bertanding, dia akan disambut gegak-gempita oleh seluruh penonton di stadium. Sayangnya, karier Eddie tidak lama. Eddie menjadi peminum alkohol tegar dan meninggal kerana serangan jantung setelah dirompak pada tahun 1961.
2. General Tom Thumb
 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia 2 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Nama asalnya ialah Charles Sherwood Stratton. Nama panggungnya General Tom Thumb yang diambil dari kisah dongeng Tom Thumb, manusia sebesar ibu jari. Dia menjadi penghibur setelah bergabung dengan kumpulan PT Barnum dan memulakan kerjayanya ke banyak negara.
Sebagai lelaki dengan ketinggian hanya 2 kaki 9 inci (80 cm), dia berkahwin dengan seorang wanita kerdil juga. Kariernya terhenti apabila diserang stroke dan meninggal pada usia 45 tahun. Kerana popular, lebih dari 10 ribu orang menghadiri pengebumiannya.
3. Danny Woodburn
 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia 3 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Aktor yang berasal dari Philadelphia ini berperanan dalam banyak filem Hollywood, di antaranya Seinfeld, One Tree Hill dan CSI.
4. Wee Man
 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia 4 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Bintang Jackass ini, yang nama asalnya ialah Jason Bryant Acuña, hanya setinggi empat kaki tinggi. Dia dilahirkan di Pisa, Italia, namun dibesarkan di Torrance, California. Dia bekerja sebagai pengurus sirkus majalah skateboard. Di sinilah Jason berkenalan dengan kumpulan stuntman Jackass. Jason atau ‘Wee Man’ merupakan aktor stuntman terkecil di dnia.
5. Danny Devito
 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia 5 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Aktor kelas A ini tingginya hanya 4 kaki 11 inci. Lahir di Neptune, New Jersey dari keluarga kelas menengah. Setelah mendapat kejayaan besar di dalam filem Taxi, karier Devito semakin cemerlang. Sederet filem seperti LA Confidential, Batman, Junior dan Heist terus melambungkan namanya.
6. Verne Troyer
 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia 6 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Ingat filem Austin Power? Peranan tokoh antagonis Mini-Me yang sangat dimanjakan oleh Dr. Evil? Ya, Verne Troyer pelakonnya. Sayangnya aktor berusia 40-an ini sekarang terjerumus ke dalam pesta yang sia-sia sehingga jarang kita melihat aksinya dalam sebarang produk filem terkini.
7. Gary Coleman
 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia 7 7 Orang Kerdil Yang Amat Terkenal Dan Berjaya Di Dunia
Nama Gary sangat dikenali kerana peranannya sebagai Arnold Jackson di filem Diff’rent Strokes. Aktor setinggi 4 kaki 8 inci ini juga banyak membintangi siri tv, termasuk reality show, soal kehidupan peribadi yang penuh gejolak.

No comments:

Post a Comment