Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 22 December 2013

Gila!! Raikan Perkahwinan Dengan Bunuh Orang

Gila!! Raikan Perkahwinan Dengan Bunuh Orang
Kerja gila dan memang boleh dikategorikan tidak berperikemanusian. Sama-sama kita baca..
Sunbury (Pennsylvania): Sepasang suami isteri yang baru berkahwin tiga minggu mempunyai cara tersendiri tetapi kejam meraikan detik itu apabila mereka memperdaya seorang lelaki Pennsylvania untuk dibunuh.
Polis semalam berkata suspek Elytte Barbour, 22, memberitahu polis bahawa dia dan isterinya, Miranda Barbour, 18, memang merancang membunuh seseorang untuk mendapatkan keseronokan tetapi rancangan mereka tidak pernah berhasil.
Namun akhirnya keinginan Barbour dan Miranda tercapai bulan lalu apabila Troy LaFerrara menjawab iklan mereka yang kononnya menawarkan khidmat sosial berbayar. Mereka kemudian mengatur pertemuan dengan LaFerrara di sebuah pusat beli-belah pada 11 November lalu.
Pada hari berkenaan Barbour bersembunyi di tempat duduk belakang kenderaan SUV ketika isterinya menjemput LaFerrara.
Apabila tiba masa sesuai Barbour kemudian menjerut leher LaFerrara menggunakan wayar dari belakang, sementara Miranda menikam mangsa. Polis berkata LaFerrara, 42, ditikam sebanyak 20 kali.
Ketika disoal siasat, Miranda menafikan mengenali mangsa.
Barbour dan Miranda ditangkap malam kelmarin dan kini berdepan tuduhan membunuh.
Mayat LaFerrara ditemui pada 12 November lalu di lorong dekat Sunbury, pekan kecil di Pennsylvania. Pasangan terbabit baru berpindah ke pekan berhampiran Selinsgrove dari North Carolina.
Barbour berkata, isterinya sering menawarkan khidmat sebagai teman sosial kepada lelaki melalui laman sesawang lucah. Barbour berkata, Miranda memperoleh AS$50 (RM161) hingga $850 (RM2,747) melalui khidmatnya sebagai teman sosial.
Namun Barbour menafikan Miranda seorang pelacur kerana khidmat diberikan tidak membabitkan aktiviti seksual. – AP

No comments:

Post a Comment