Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

10 Terowong Yang Terindah Di Dunia

10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Pokok merupakan antara makhluk yang hidup lama di dunia. Jangka hayat yang panjang pokok-pokok ini menjadi sunatullah pada kehidupan yang lain. Sebabkan jangka hayat pokok-pokok yang ada didunia ini jugalah kita bernafas dengan oksigen yang mencukupi dan dalam masa yang sama menjadi tadahan hujan.
Adakalanya jangka hayat pokok-pokok ini juga memberi panorama yang cantik untuk tatapan dan merehatkan mata seperti membentuk terowong. Saksikan 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
10. Cherry Blossom Tunnel, Germany
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Lokasi terowong pokok ceri dengan warna ungu dan merah jambu ini terletak di bandaraya Bonn Jerman. Panorama yang cantik ini hanya berlaku sekitar 7 hingga 10 hari sahaja semasa musim bunga dan ianya bergantung juga pada musim.
9. Rua Gonçalo de Carvalho, Brasil
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 2 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Panorama tentang terowong pokok ini pula berada di Porto Alerge, Rua Goncalo de Carvalho, Brazil. Menurut datuk bandar, Joseph Fogaca, panorama yang cantik di jalan ini menjadi salah satu ciri-ciri sejarah negara Brazil sendiri kerana ianya mewarisi budaya, alam semulajadi dan kehidupan ekologi yang berkurun lama. Terdapat beratus-ratus pokok Rosewood yang menjadi latarbelakang lokasi warisan ini.
8. Autumn Tree Tunnel, USA
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 3 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Wow! Panorama yang memukau mata ini telah dirakamkan oleh jurugambar profesional Kevin McNeal. Panorama ini akan kelihatan pada pelancong dan pelawat atau sesiapa jua yang dalam perjalanan menuju ke Smuggler’s Notch, Taman Hutan Vermont.
7. Ginkgo Tree Tunnel, Japan
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 4 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Ini pula panorama terowong pokok-pokokyang terdiri dari pokok Ginkgo Biloba. Ginkgo Biloba di negara Jepun, mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang terjadi sewaktu pengeboman Hiroshima kerana dikatakan hanya 6 pokok ginkgo sahaja yang terselamat semasa dan selepas pengeboman itu. Sejak dari peristiwa tersebut, masyarakat Jepun menganggap pokok tersebut sebagai simbol “harapan untuk satu kehidupan”.
Selain dari itu, daun ginkgo diketahui sebagai herba yang terbaik yang digunakan sebagai remedi melancarkan perjalanan darah dalam tubuh manusia. Panorama pokok-pokok ginkgo dengan warna keemasan ini didapati di Taman Meiji Shrine. Antara fakta lain yang menarik, terdapat kira-kira 65,000 pokok ginkgo biloba di tanam disepanjang jalan-jalan sekitar Tokyo bandaraya yang terbesar di negara Jepun itu.
6. Yew Tree Tunnel, UK
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 5 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Tiada fakta yang tepat tentang pokok Yew, yang menghiasi panorama Aberglasney House, di Wales United Kingdom ini. Ada yang mengatakan pokok-pokok tua ini yang bersirat membentuk terowong itu telah wujud sejak dari tahun 1470 lagi! Bagaimanapun ianya tetap menjadi tempat mesti dilawati pada mereka yang datang atau dalam musim percutian di Wales.
5. The Dark Hedges, Northern Ireland
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 6 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Nampak menyeramkan! Inilah pemandangan terowong-terowong pokok yang menghiasi sepanjang perjalanan ke Gracehill House, di Nothern Ireland.
Disebalik panorama yang seram ini pula, memang terrdapat kisah silam yang menjadi bualan pada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya di mana di katakan seorang pembantu rumah telah mati dengan keadaan yang misteri di dalam rumah tersebut. Dikatakan kelibat wanita itu sering kelihatan pada pengujung yang pernah melalui jalan ini hingga menuju ke rumah tersebut!
4. Bamboo Path, Japan
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 7 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Lokasi menarik yang dihiasi dengan pokok-pokok buluh tinggi yang menghijau ini pula terletak di Arashiyama dan dikenali dengan nama Hutan Buluh Sagano yang juga menjadi kawasan warisan negara matahari terbit, Jepun. Anda pasti akan terpesona dengan warna dan udara sepanjang 500 meter ketika anda berjalan di hutan buluh ini.
Tidak hairanlah mengapa, agensi kebudayaan (Agency for Cultural Affairs) di negara Jepun itu menggelarkan kawasan yang berada di Arashiyama ini sebagai “Place of Scenic Beauty”. Terdapat juga kuil warisan atau kuil yang tertua, Adashino Nenbutsu-ji berdekatan dengan kawasan ini yang secara tidak langsung menjadikan ianya kawasan warisan yang mesti dilawati sekiranya anda berada di Arashiyama.
3. Tunnel of Love, Ukraine
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 8 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
“Ukranian Tunnel of Love” ini merupakan sebuah lokasi persendirian di mana terdapat jalan keretapi yang digunakan untuk memunggah hasil balak ke kilang disekitar Klevan sebuah bandar kecil di barat Ukraine. Yang menariknya, lokasi ini dijadikan sebagai tempat mesti dikunjungi oleh pasangan yang bercinta di sekitar bandar dan juga warga Ukraine sendiri.
Tapi hati-hati, perkhidmatan keretapi untuk memungah hasil balak di kawasan sekitar masih beroperasi 3 kali sehari yang melalui jalan tersebut. Dan sekiranya anda perasan, gambar inilah yang selalu dijadikan sebagai “wallpaper” atau “background screen” dalam komputer atau handphone!
2. Jacarandas Walk, South Africa
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 9 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Terdapat kira-kira 10juta pokok keseluruhan di bandaraya Johannesburg, Afrika Selatan yang masih dipelihara untuk mengekalkan alamsemulajadinya yang juga menghijaukan kawasan. Mengikut sumber tidak rasmi, bandaraya Johannesburg dikenali sebagai hutan buatan manusia yang terbesar di dunia.
Terdapat 49 jenis spesies Jacaranda(jenis pokok tertua di benua amerika selatan) yang juga spesies yang sama terdapat di Uruguay, Brazil, Peru dan Argentina. Pokok-pokok ini dikatakan telah di bawa ke Afrika Selatan sejak lebih dari 100 tahun dahulu. Lokasi yang cantik menawan yang dihiasi dengan bunga-bunga warna ungu dari pokok Jacaranda ini terletak di sepanjang perjalanan di banyak lokasi menuju bandaraya Johannesburg ini.
1. Wisteria Tunnel, Japan
10 Terowong Yang Terindah Di Dunia 10 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia
Lokasi yang terakhir dalam siri 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia ini pula berada Ashikaga Flower Park dan antara tempat yang menjadi lokasi sambutan temasya Wisteria Flowers atau dikenali juga Fuji Matsuri yang diadakan pada setiap tahun semasa musim panas.
Semasa musim inilah, bunga Wisteria yang berwarna keunguan itu akan menghiasi sekitar terowong tersebut yang menjadikannya sebagai tempat mesti dilawati sekiranya anda berada di bandaraya Tokyo pada musim panas.
P/S: SubhanaAllah… icon smile 10 Terowong Yang Terindah Di Dunia

No comments:

Post a Comment