Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

Keluarga Ini Mengembara Ke 26 Buah Negara Selama 155 Hari

Keluarga Ini Mengembara Ke 26 Buah Negara Selama 155 Hari
Setelah mengharungi perjalanan sejauh 25,500 kilometer dari United Kingdom dalam tempoh 155 hari, satu keluarga rakyat Malaysia seramai enam orang  tiba di tanah air.
Jamalullail Ismail, 44, dan isterinya Sofinee Harun, 38, serta empat anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam kira-kira 12.30 tengah hari tadi setelah mengharungi perjalanan di 26 negara.
Jamalullail, seorang jurutera yang telah menetap di United Kingdom sejak 15 tahun lepas, berkata pengembaraan “By Road to Malaysia” itu menggunakan kenderaan karavan Mercedes Sprinter 1998 memberikan mereka pengalaman berharga.
“Suhu di Itali musim panas sampai 50 darjah Celcius, dahlah masa tu bulan puasa. Setiap negara ada cabarannya… macam di Iran kena rompak dua kali, dan hampir diculik.
Keluarga Ini Mengembara Ke 26 Buah Negara Selama 155 Hari 3 Keluarga Ini Mengembara Ke 26 Buah Negara Selama 155 Hari
“Banyak cabaran diplomatik… syukur Kedutaan Malaysia di negara-negara itu banyak menolong.
“Ada juga negara yang sepatutnya tak boleh masuk, tetapi duta di sana menggunakan kuasa diplomatik untuk membolehkan kami melalui negara tersebut.
“Ada masalah diplomatik, ada negara tak ‘friendly’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Tema Darul Aman di Jitra hari ini.
Bagaimanapun, ada juga layanan yang baik daripada rakyat negara-negara yang dikunjungi seperti dibenarkan meletakkan kenderaan untuk tidur di stesen minyak, malah mereka disediakan makanan.
“Pengalaman saya, kita orang Malaysia ni dapat layanan istimewa. Ada sesetengah tempat orang luar susah nak masuk tetapi bila saya cakap orang Malaysia, mereka benarkan masuk,” katanya.
Keluarga Ini Mengembara Ke 26 Buah Negara Selama 155 Hari 2 Keluarga Ini Mengembara Ke 26 Buah Negara Selama 155 Hari
Katanya mereka sekeluarga membelanjakan sekitar GBP60,000 (RM315,857) untuk perjalanan itu termasuk kenderaan.
Jamalullail, yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata beliau cukup gembira dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap usaha beliau menerusi Facebook.
“Dalam Facebook ‘By Road to Malaysia’ ada 21,000 followers. Takde satu pun komen negatif, semuanya positif. Ini yang menguatkan semangat kami untuk menyempurnakan usaha ini,” katanya.
Selain itu, Jamalullail juga sanggup berhenti kerja sebagai jurutera mekanikal di Seaham bagi merealisasikan hasratnya itu walaupun beliau boleh memohon cuti sabatikal sepanjang tempoh tersebut dan menerima bayaran gaji sebanyak 70%.
Sementara itu, Sofinee, yang berasal dari Perlis, berkata antara cabaran sukar dialami sepanjang perjalanan itu adalah kerana hampir semua negara, stereng kenderaan adalah di sebelah kiri.
“Semua negara, stereng kenderaan sebelah kiri kecuali United Kingdom dan Thailand (serta Malaysia). Untuk itu, sebelum memotong saya yang duduk sebelah pemandu kena tengok keadaan jalan dulu,” katanya.
Terdahulu, ketibaan mereka di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam disambut oleh kaum keluarga mereka yang telah menunggu sejak pukul 10 pagi. – Bernama
P/S: Alhamdulillah..keluarga ini selamat sampai di Malaysia. Tahniah kepada keluarga Jamalullail.. Malaysia Boleh!! icon smile Keluarga Ini Mengembara Ke 26 Buah Negara Selama 155 Hari

No comments:

Post a Comment