Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

Kisah Benar Taubat Si Pembunuh 99 Nyawa

Kisah Benar Taubat Si Pembunuh 99 Nyawa
Cerita yang dikisahkan ini dapat memberikan ingatan kepada semua umat manusia untuk bertaubat kepada Allah swt. Jangan di tunda-tunda untuk melakukan taubat kepada Allah Yang Maha Esa, kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Jom kita hayati kisah ini. icon smile Kisah Benar Taubat Si Pembunuh 99 Nyawa
Dan dari Abu Said Alkhudri berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Pada zaman yang terdahulu, terjadi seorang yang telah membunuh hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin bertaubat. Lalu ia mencari seorang pendita dan bertanya apakah masih ada peluang untuknya bertaubat?
Jawab pendita itu: Tidak ada. Maka segera dibunuh pendita itu menjadikan genap seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian ia pergi mencari seorang alim pula dan bertanyakan akan pertanyaan yang sama. Maka dijawab oleh orang alim itu bahawa dia masih berpeluang untuk bertaubat dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.
Pergilah ke sebuah dusun di mana di situ terdapat orang-orang yang taat kepada Allah. Lakukanlah sebagaimana yang mereka semua buat dan jangan kembali ke negeri ini lagi. Lalu pergilah orang itu tetapi di pertengahan jalan ajalnya tiba lebih dahulu.
Maka bertengkarlah Malaikat rahmat dan Malaikat seksa. Berkatalah Malaikat rahmat: Dia telah berniat untuk bertaubat kepada Allah sepenuh hatinya. Berkata pula Malaikat seksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali.
Kemudian datanglah seorang Malaikat berupa manusia sebagai hakim di antara mereka. Dia berkata: Ukur sahaja jarak di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang dituju, ke mana dia paling hampir masukkanlah ia kepada golongan itu. Setelah diukur, didapati jaraknya lebih hampir kepada dusun yang baik kira-kira sejengkal. Lalu dipegang rohnya oleh Malaikat rahmat.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih dari tujuh puluh kali.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment