Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

Kisah Dua Biji Benih Yang Menghadapai Cabaran

Kisah Dua Biji Benih Yang Menghadapai Cabaran
Kisah kali ini memaparkan perumpaan kehidupan kita seharian untuk menghadapi cubaan dan dugaan yang mencabar dari hari ke hari. Semoga cerita ini dapat memberi ingatan dan manfaat kepada semua.. icon smile Kisah Dua Biji Benih Yang Menghadapai Cabaran
Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.
Biji benih pertama berkata, “Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku.”
Biji benih kedua pula berkata, “Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak…! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat.”
Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.
Kesian…
Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.
Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.
Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah… kerana jika anda takut dan kecut… anda akan hancur dimakan zaman.
Buka minda… buka hati… kenali potensi diri!
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment