Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

Parah!! Tangan Ditumpang Pada Kaki Agar Tidak Reput Sumber : Parah!! Tangan Ditumpang Pada Kaki Agar Tidak Reput

Parah!! Tangan Ditumpang Pada Kaki Agar Tidak Reput
Berita yang tidak pernah didengar oleh saya sendiri, mungkin anda juga sama. Jom kita baca apakah sebenarnya yang terjadi kepada mangsa.
Beijing: Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan.
Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu.
“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital.
“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya.
“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.
Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.
Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.
Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan.
“Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek.
“Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu,” kata seorang doktor yang merawatnya.
Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu.
Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala. – Agensi
P/S: semoga mangsa cepat sembuh dan dapat menjalani hidup seperti sedia kala. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment