Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia Sumber : Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia

Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia
Tak pernah lagi nampak atau pergi ke masjid yang terletak di bawah tanah, lorong bawah tanah, keretapi bawah tanah, dah pernah lah lalu atau naikkan.. Nih masjid bawah tanah.. Kat mana tuh?? Jom kita baca..
Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah .
Unik Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia
“Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat ,” kata Mehmet Narin , Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.
“Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ,” tambahnya.
Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyu.
Unik Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia 2 Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia
Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.
Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran jiwa.
Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan kapasiti lebih dari 650 jamaah.
Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment