Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 23 December 2013

Banduan Buat Model Kapal Layar Dengan Tulang Manusia

Percaya atau tidak, seorang banduan dalam penjara dapat menghasilkan model kapal layar yang begitu unik dan cantik. Siapapun pasti tidak mahu masuk ke dalam penjara kerana kebebasan yang terbatas serta sukar bertemu dengan ahli keluarga dan sememangnya ramai banduan yang merasa bosan.
Untuk menghilang kebosanan, ramai dikalangan banduan yang cuba menghasilkan karya seni di sebalik jeriji besi.
Salah seorang darinya adalah seorang banduan warga Perancis yang dikurung di dalam ruang bawah tanah semasa perang yang dipimpin oleh Napoleon. Dia telah mencipta sebuah karya berupa model kapal layar yang dibuat dari tulang manusia dan haiwan!
Bagaimana seorang banduan boleh membuat karya sehebat ini?
Banduan Buat Model Kapal Layar Dengan Tulang Manusia 2 Banduan Buat Model Kapal Layar Dengan Tulang Manusia
Banduan tersebut dikatakan membuatnya dari tulang-tulang haiwan sisa makanannnya. Satu persatu rangka kapal layar dibuat dan ketika memerlukan lebih banyak tulang, banduan Perancis tersebut menggali kubur di sekitar penjara dan mengambil tulang manusia yang tertanam.
Tulang-belulang tersebut kemudian direbus dan dikeringkan di bawah sinar matahari. Kemudian tulang yang besar digunakan untuk membina badan kapal, manakala tulang-tulang kecil digunakan untuk menyusun rangkanya. Selain tulang, banduan tersebut juga menggunakan kayu dan tisu tandas untuk membuat skrin.
Kapal layar buatan tangan ini direka dengan begitu teliti sehinggakan ramai orang akan merasa kagum apabila melihatnya.
Banduan Buat Model Kapal Layar Dengan Tulang Manusia 3 Banduan Buat Model Kapal Layar Dengan Tulang Manusia
Kapal yang sangat unik ini akan dilelong dengan harga USD10,000.
Dan jika anda ingin melihat dan berminat untuk membelinya, silalah berkunjung ke United States Naval Academy di Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat.
P/S: Sangat kreatif dan menakjubkan… icon smile Banduan Buat Model Kapal Layar Dengan Tulang Manusia

No comments:

Post a Comment