Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 December 2013

Kisah Seram Lebuhraya Pantai Timur

Kisah Benar ! Gadis Disetubuhi Saka 20 Tahun
Kisah dua ekor pocong di Hentian Kuantan. Kawan aku dalam perjalanan memandu kereta dariKL ke Kemaman melalui LPT. Nama dia Syam. Syam ni nak balik ke kampung dia. Malam tu lebihkurang pukul 1-2pagi camtu Syam baru sahaja melalui exit Gambang. Disebabkan dianak ke Kemaman, maka dia perlu keluar melalui exit Jabur.
Lebih kurang dalam 5 Kilometernak sampai Hentian Kuantan tu, Syam terasa nak kencing la pulak. Oh ya, lupa.Syam sorang saja nak balik Kemaman. Apabila dah dekat nak sampai HentianKuantan, kereta Syam pun menyusur masuk dan terus parking kereta betul-betul dihadapan beberapa buah gerai. Masa tu sume gerai dah tutup. Lagipun dah pukul 2pagi. Hentian Kuantan ni bukanlah hentian-hentian yang besar seperti HentianGambang dan Temerloh. Hanya sekadar terdapat tandas, surau dan gerai-geraikecil menjual air, buah-buahan dan jajan.
Masa sampai tu, Syam pelik,kenapa takde orang. Kereta dia je yang ada. Keadaan pun suram. Hentian tugelap, sebab belakangnya hutan. Yelahlah, disebabkan keliling memang gelap,lampu jalan kalau pasang tetap nampak tak berapa terang (boleh bayang tak). Sepanjangjalan memang sunyi. Lagipun laluan selepas exit Gambang memang tak banyakkereta lalu.
Keluar je kereta Syam terus masuktoilet lepaskan hajat. Dah setel, berjalan lah dia ni ke kereta. Masuk jekereta, dia berehat le sekejap. Memandangkan sepanjang dari KL memang dia takberhenti mana-mana pun. Sambil duduk berehat-rehat tu dia terfikirlah, pelikkenapa tak nampak orang pun berhenti kat sini. Hentian di seberang pun macam tujugak. Sunyi. Masa tu Syam tak terfikir pun apa-apa yang menyeramkan. Maklumla mungkinsebab agaknya lelaki. (lelaki kan konon hatikering, apa barang takut2 kan..)
Tengah-tengah layan blues tu,boleh la pulak Syam ni tertido. Dalam beberapa ketika dia tertido tu, dia punterjaga. Sebab dengar macam bunyi kain yang berkibas-kibas. Macamana aku nkkorang gambarkan ek. Aaaaaaa…macam korang nak sidai kain batik ke pelikat ke,mesti korang kibas-kibas pastu sidai atas ampaian, boleh bayang tak? Haaa..macamtu la bunyinya.
Ok, Syam dengar bunyi tu macamkuat dan laju di belakang kereta dia. Seolah2 bunyi dari belakang menuju kehadapan. Lagipun Syam bukak sket cermin kereta dia sebelum terlelap tu. Dia puntelek la sidemirror dia….
Haaaaaa…tu dia, Syam nampaklembaga yang rupanya macam pocong, lompat laju gila macam nak kejar kereta dia.Syam apa lagi dalam takut, mamai campur kalut, dia terus start enjin, reversekereta cepat2 pastu terus nak pecut. Dalam masa nk susur keluar tu sempat lagiSyam ni tengok kt blindspot dan hadapan dia, rupenye pocong tu bukan sekor, tapidia bawak sekor geng dia.
Tapi bukan dua ekor yang kejar dia. Sekor lagirupa-rupanya tengah berdiri di bawah wakaf kayu yang ada kat sebelah gerai yanglast skali. (Kalau korang lalu Hentian Kuantan ni, cuba korang usha wakaf yangbetul2 sebelah gerai yang paling lastskali). Syam nampak pocong yang kat wakaf tu masa dia nk gerak keluar darisitu, tengah siap sedia cam nak gerak kejar Syam. Sekor pocong tu laju gilamelompat-lompat mengejar kereta Syam ni diikuti dengan pocong dari wakaf tu. Keadaanmuka tak berapa clear. Susuk tubuh macam lelaki dewasa. Kain kapan yang balutpocong tu macam kotor-kotor sket. Macam terkena tanah. Jarak antara pocong nganboot kereta Syam ni dalam sedepa gitu. Memang dah dekat sangat dah tu.
Mujur Syam ni cool, tak le kalut ngancuak sangat. Cubakalau kalut, tiba eksiden, kereta terbalik ke, pastu pocong2 tu mengintai pulakikut cermin tak ke naya. Eeeeee..
Masa tu memang satu kereta punxde atas highway. Yang ada kereta Syam jek. Syam terus tinggalkan hentianKuantan tu cepat2 ngan pecut laju2 sampailah hilang pocong sekawan tu daripandangan dia.
Sampai je kampung, Syam tanya kawan2,sedara-mara pasal mende ni. Rupenye dah ramai terkena. Sebab tu lah, tak ramaiyang berani berhenti kat Hentian Kuantan ni. Cleaner hentian pun selalu balikawal. Gerai-gerai pulak jarang bukak sampai lewat malam. Syam terpikir..”agaknyamende tu saje nak bagitau aku, tu kawasan dia kot..”. Semenjak dari tu, jarang Syambalik kampung lewat malam sangat. Kalau nak kencing pun sanggup tahan buang katstesen minyak ke apa. Aku tanye Syam, asal ko xtangkap gambo, Syam cakap, sebabdia sorang. Kalau dia ada member ikot sekali, bole je dia tangkap. Ni nak oncamera henpon pun tak mampu.
Ok. Pesan aku. Kalau korangberkesempatan lalu Hentian Kuantan tu waktu malam, cuba korang perati kat wakaf palinghujung sekali. Tengok lama2. Mana la tau, korang nampak pocong tu??

No comments:

Post a Comment